ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam tadi, bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Mahfuz memberi kerjasama yang baik dan percakapan beliau diambil sekitar jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Menurut beliau, pihaknya turut selesai merakam percakapan 10 individu di Balai Polis Langgar di mana mereka antara yang hadir pada majlis sumbangan bakul rahmah yang dilakukan pada 2 Julai lalu.
Katanya, individu lain antaranya Setiausaha Politik dan penduduk hadir memberi keterangan di Balai Polis Langgar antara jam 9 malam sehingga selesai.
"Pihak polis telah selesai merakam percakapan daripada 11 orang termasuklah pemberi maklumat pengadu sendiri, Datuk Mahfuz dan juga mereka mereka yang terlibat yang hadir semasa aktiviti Bakul Rahmah itu. Semuanya 11 orang telah dirakam percakapan dan kita sekarang akan mengemukakan kertas siasatan tu kepada pihak DPP untuk arahan lanjut," ujarnya.
Berikutan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan yang diterima, program itu tidak dirancang iaitu Mahfuz hanya hadir untuk menyampaikan bantuan selepas dihubungi penduduk kampung terbabit.
Jelasnya, ada individu merakam gambar itu untuk tujuan simpanan tetapi ia tersebar di laman sosial.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya tidak menghalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan namun penganjur perlu bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang hadir perlu mematuhi SOP.
BACA: Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan
Sebelum ini tersebar gambar Ahli Parlimen berkenaan dikatakan duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh serta bersembang santai secara terbuka ketika dalam satu program bantuan.
Orang ramai mempertikaikan tindakan Ahli Parlimen terbabit sedangkan ketika ini Kedah masih pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu iaitu tidak membenarkan sebarang bentuk majlis keramaian apatah lagi bersantai minum petang.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 07 2021

AHMAD SHUKRI: Kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020. - Bernama

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.

PasLeak: Dokumen yang ditulis orang bodoh ... - Sanusi
Dokumen tular mengenai perbincangan dalam membabitkan pemimpin Pas atau lebih dikenali sebagai PasLeak, hanyalah satu penulisan yang dilakukan oleh orang yang bodoh.

PasLeak: Pas adalah 'ahlul-nafi', parti yang tidak boleh dipercayai - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar menyatakan, atas sebab itu juga Pas kini dianggap sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.

RUU Antilompat Parti: Usah jadi 'pelacur' politik - Mahfuz
Mahfuz mendakwa Langkah Sheraton telah menyebabkan Parlimen menjadi 'sarang pelacuran' dalam politik negara.

Tengku Zafrul tidak letak jawatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan laporan beliau sudah meletakkan jawatan selepas tidak hadir ke Dewan Rakyat pada Khamis.

Pengeluaran khas KWSP: "Adakah Tengku Zafrul sudah letak jawatan?" - Mahfuz
Mahfuz bertanya soalan itu ketika Timbalan Menteri Kewangan 1 bangun untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 di Dewan Rakyat.

'MN macam zombi, mati tidak hidup pun tidak'
Mahfuz mendakwa, Pas masih mahu menerima dan bekerjasama dengan parti yang didokong pemimpin terpalit kluster mahkamah.

PRN Johor: Tiada isu untuk Amanah letak calon muda - Mahfuz Omar
Mohamad Fakrulradzi Mahmud yang diletakkan sebagai calon di kawasan itu merupakan individu yang lama berkhidmat kepada rakyat.

Tiada keperluan adakan PRN di Kedah - Mahfuz
Keputusan untuk mengadakan PRN hanya memberikan keseronokan kepada individu tertentu dalam memenuhi agenda peribadi mereka.

Pas masih merengek kasih sayang UMNO - Mahfuz
Walaupun 'tidur sebantal' di peringkat Persekutuan, namun, Pas dan UMNO mempunyai isu kepercayaan antara satu sama lain, dakwa Mahfuz.