Pemilik sebuah maahad tahfiz di sini kecewa dengan nasib yang menimpa 21 pelajarnya yang didakwa didera secara seksual termasuk enam daripadanya dikatakan diliwat sejak Ogos lalu.
Menurut lelaki berusia 38 thun itu, dia tidak meyangka suspek sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan sedangkan selama ini dia aktif dalam memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di sini sejak tahun 2015.
"Pelajar-pelajar di sini dan ibu bapa sangat akrab dengan beliau malah dia kerap ke pusat tahfiz ini, kadang-kadang setiap hari. Dia juga banyak berubah termasuk sudah belajar solat serta mengaji.
"Saya amat kecewa kerana dia sanggup buat anak-anak saya macam ini setelah diberikan kepercayaan kepadanya, dia sanggup rosakkan masa depan anak-anak saya.
"Maahad ini sudah jadi seperti rumah kedua. Saya tidak sangka kepercayaan yang diberikan kepadanya dibalas dengan tindakan yang tidak bermoral ini," katanya ketika ditemui di maahad berkenaan di sini hari ini.
BACA: Guru dakwa 21 pelajar tahfiz mangsa dera seksual
BACA: Enam pelajar tahfiz diliwat penderma
Beliau berkata, perkara berkenaan diketahui oleh pihaknya selepas salah seorang tenaga pengajar ternampak suspek yang cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur di dalam asrama akhir Februari lalu.
"Selepas disoal siasat, baru pelajar yang terbabit mengaku mengenai kegiatan tidak bermoral lelaki berkenaan. 21 pelajar lelaki yang berumur antara 10 hingga 17 tahun menjadi mangsa gangguan seksual.
"Enam daripada 21 pelajar yang menjadi mangsa pula diliwat, malah salah seorang daripada mereka dipaksa melakukan perkara terkutuk berkenaan kira-kira 10 kali," dakwanya.
Katanya lagi, suspek juga sering membawa pelajar tahfiz pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan pengurusan maahad.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supritenden Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menahan suspek yang berusia 41 tahun di bandar ini sejurus laporan polis dibuat, kelmarin.
Katanya, laporan mendakwa mangsa mula diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini.
"Suspek kini direman bermula semalam sehingga 19 Mac depan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan," katanya.
Noraniza Kamsani
Wed Mar 14 2018
Beliau berkata, perkara berkenaan diketahui oleh pihaknya selepas salah seorang tenaga pengajar ternampak suspek yang cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur. - Foto Astro AWANI / Noraniza Kamsani
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.