Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pakatan sembilan negara pimpinan Arab Saudi membunuh rakyat Yaman adalah tidak benar sama sekali, kata Duta Yaman di Malaysia Dr Adel Mohamed Ali BA Hamid.
Beliau berkata sebaliknya, puak pemberontak Houthi yang dibantu oleh Iran telah membunuh rakyat Yaman setiap hari tanpa belas kasihan.
"Puak Houthi membunuh tentera Yaman dan menjadikan kanak-kanak sebagai perisai manusia dalam peperangan.
"Kami terlalu sedih dengan kematian orang awam yang tidak bersalah," katanya kepada Bernama selepas sesi dialog 'Memahami Krisis di Yaman' di sini hari ini.
Arab Saudi, yang mengetuai pakatan itu (terdiri daripada Mesir, Maghribi, Jordan, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Arab Saudi), menyasarkan serangan ke atas puak Syiah Houthi sejak 2015 selepas kumpulan militan tersebut menguasai sebahagian besar Yaman, termasuk ibu negara Sana'a.
Houthi didakwa menerima sokongan Iran, bagaimanapun perkara itu dinafikan Tehran. Lebih 10,000 orang terkorban dalam konflik berdarah itu.
Sementara itu, Adel memuji usaha pakatan negara Arab dalam membantu Yaman menerusi kempen ketenteraan ke atas pemberontakan Houthi sejak tiga tahun lalu.
Beliau berkata pakatan itu turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Yaman dalam membangunkan semula negara tersebut melalui Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman dan Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Arab Saudi juga bertindak menyokong usaha memulihkan kembali ekonomi kerajaan Yaman, termasuk mengurangkan kemerosotan nilai mata wang negara itu," katanya.
Mengulas pengunduran tentera Malaysia dari Arab Saudi, Adel berkata negaranya memahami keputusan kerajaan baharu Malaysia dalam meneliti semula keputusan kerajaan terdahulu, termasuk kedudukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Riyadh.
Pada 20 Jun lepas, Malaysia bertindak memanggil pulang ATM yang ditempatkan di Riyadh sejak 2015 bagi membawa pulang rakyat negara ini dari Yaman yang ketika itu berdepan konflik.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Azmi Hassan, yang ditemui pada sesi dialog itu, bersetuju dengan pendirian Malaysia untuk membawa keluar tentera Malaysia dari Riyadh.
"Apabila Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) mengeluarkan kenyataan untuk membawa keluar tentera kita di Riyadh pada Jun lalu, itu adalah isyarat bahawa kita tidak mahu terlibat dalam krisis di Yaman sama ada secara langsung mahupun tidak langsung," katanya.
Beliau berkata, dalam konteks geopolitik Arab, itu adalah tindakan terbaik yang diambil oleh Malaysia dalam mengamalkan dasar berkecuali dan mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua negara.
Mengulas lanjut peranan Malaysia dalam menghulurkan bantuan berikutan krisis Yaman, Azmi berkata Malaysia boleh membawa isu itu ke peringkat antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dalam konteks geopolotik Arab, PBB adalah medium terbaik untuk menyuarakan perkara tersebut.
Beliau berkata selain itu, Malaysia berperanan menyalurkan bantuan kemanusiaan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) milik negara yang kini berada di Yaman.
"Saya berharap kerajaan turut memberi bantuan kepada NGO Malaysia yang berada di Yaman, sepertimana kerajaan membantu NGO yang membantu etnik Rohingya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 10 2018
Menurut Dr Adel, puak pemberontak Houthi yang dibantu oleh Iran telah membunuh rakyat Yaman setiap hari tanpa belas kasihan. - Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Dakwaan pakatan negara Arab bunuh rakyat Yaman tidak benar - Duta Yaman
Sebaliknya, puak pemberontak Houthi yang dibantu oleh Iran telah membunuh rakyat Yaman setiap hari tanpa belas kasihan.