Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa peruntukan pembangunan luar bandar, terutama untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikurangkan sebanyak separuh dalam Belanjawan 2019.
Menterinya Lim Guan Eng berkata ada pihak menarik perhatian terhadap peruntukan perbelanjaan mengurus Mara sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun 2019, yang merupakan pengurangan sebanyak RM2 bilion berbanding 2018.
"Sebenarnya, perkara ini adalah ekoran perbelanjaan biasiswa dan pinjaman pendidikan Mara sebanyak RM2 bilion dipindah klasifikasi daripada perbelanjaan mengurus kepada perbelanjaan pembangunan, memandangkan perbelanjaan tersebut adalah untuk membangunkan modal insan Bumiputera yang merupakan pelaburan jangka panjang untuk pembangunan negara.
"Hakikatnya, jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan Mara kekal berada di tahap RM3.7 bilion pada tahun 2019," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Lim berkata ada pihak yang mengelirukan keadaan dengan membandingkan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM9.5 bilion pada 2018 dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebanyak RM8.4 bilion untuk tahun 2019.
"KKLW kini dijenamakan sebagai KPLB. Perkara ini terbangkit kerana agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang sebelum ini di bawah KKLW, tidak merupakan agensi KPLB kerana dipindah kepada kementerian lain.
"Selain itu, agensi lain yang terlibat dalam pembangunan luar bandar telah dinaikkan peruntukannya, sebagai contoh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Peneraju) yang disediakan peruntukan RM90 juta pada tahun 2018 ditingkatkan kepada RM210 juta untuk 2019 bagi membiayai program meningkatkan kemahiran belia Bumiputera terutamanya daripada isi rumah berpendapatan rendah," katanya.
Bagi peruntukan pembangunan Felda pula, ia dinaikkan daripada RM160 juta pada 2018 kepada RM260 juta untuk 2019 bagi membiayai projek menaik taraf jalan dan penyediaan bekalan air di penempatan Felda, kata Lim.
Sementara itu, Lim berkata garis panduan Kementerian Kewangan adalah supaya kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kerja dalam satu tahun, ditender hanya di kalangan kontraktor Bumiputera.
" Pendekatan ini adalah selaras dengan hasrat membangunkan komuniti perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang mampan dan berdaya saing. Di samping itu, kerja yang bernilai di bawah RM200,000 akan kekal dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera kelas G1 (atau yang sebelum ini dikenali kelas F) dan dilaksanakan perolehan secara sebut harga," katanya.
Katanya kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan dasar perolehan Kerajaan yang mengutamakan perolehan secara tender terbuka, baik untuk kontrak khusus untuk kontraktor bumiputera maupun yang terbuka untuk semua.
" Sistem tender terbuka boleh membawa penjimatan yang besar dan membantu mengurangkan kos perbelanjaan, hutang Kerajaan Persekutuan dan defisit fiskal. Sekiranya kerajaan Persekutuan boleh jimatkan 10 peratus dalam perjalanan sistem tender terbuka, ia akan membawa penjimatan berbilion-bilion ringgit setiap tahun," katanya.
Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan kekal komited dalam memastikan pertanian sebagai sektor ekonomi strategik berikutan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi negara serta jaminan keselamatan bekalan makanan negara.
"Sehubungan itu, bantuan subsidi bersasar bagi menjamin sumber pendapatan bagi golongan petani, pekebun kecil, pesawah dan nelayan yang tulen akan terus dikekalkan untuk membendung masalah ketirisan dan penyalahgunaan atau penyelewengan bantuan subsidi yang tersasar supaya kewangan negara tidak dibazirkan oleh pihak yang tidak layak menerimanya.
"Ini adalah pendekatan subsidi bersasar dilakukan kerajaan demi memastikan kebajikan para petani, pekebun kecil, pesawah dan nelayan yang tulen tidak akan diabaikan dan terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Lim Guan Eng nafi peruntukan pembangunan luar bandar, terutama untuk Mara dikurangkan sebanyak separuh dalam Belanjawan 2019. - BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.