Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima sejumlah RM383,285.91 daripada 15 majikan yang mengambil peluang untuk membantu pekerja masing-masing dalam membayar tunggakan pinjaman PTPTN pada tahun lepas.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
"Ini adalah satu insentif yang perlu diambil faedahnya oleh majikan pada tahun ini kerana pelepasan cukai bukanlah satu perkara yang mudah untuk diperoleh.
"Bahkan, berita baik untuk majikan kerana insentif ini masih terus diberikan sehingga tahun 2021," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.
Insentif pelepasan cukai untuk majikan yang membayar pinjaman PTPTN pekerja diperkenalkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019.
Justeru, Wan Saiful menyarankan setiap majikan merebut peluang itu bagi membantu kakitangan mereka dalam menyelesaikan pinjaman pendidikan dan pada masa sama mendapat pelepasan taksiran cukai bagi jumlah yang telah dijelaskan.
"Kita dapati ada anak muda memang betul-betul tidak mampu membayar (pinjaman PTPTN) dan kita mahu menggalakkan supaya bebanan ini (dari segi penyelesaiannya) dikongsikan juga oleh majikan yang mungkin mencatat keuntungan dalam perniagaan mereka.
"Jadi alangkah baiknya jika sedikit keuntungan itu dapat digunakan untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup anak-anak muda ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020

WAN SAIFUL: Kita mahu menggalakkan supaya bebanan ini dikongsikan juga oleh majikan yang mungkin mencatat keuntungan dalam perniagaan mereka. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Sekretariat Anti Fitnah ditubuhkan
Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi membanteras sikap dan amalan fitnah yang kian menjadi gejala dalam hidup masyarakat masa kini.
Anak Dr Zul layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar dan SOP
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".

'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung

Natasha Hudson, suami sedia timang cahaya mata
Natasha turut memberitahu dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.

"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.

Antara sengaja abai atau tidak, tujuan undang-undang lindungi anak - Pakar
Undang-undang digubal bagi melindungi semua pihak secara adil, justeru memang wajar dan perlu ibu bapa atau penjaga didakwa di mahkamah.

Kerajaan China: Pengantin baharu, bila nak ada anak?
Kerajaan mahu pengantin baharu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan setiap tiga bulan.

Mayat dua beradik dalam beg, ibu ditahan
Seorang wanita ditahan di Ulsan, Korea Selatan susulan kes pembunuhan dua anaknya yang mayat mereka ditemukan dalam beg pakaian terbiar di New Zealand bulan lalu.

Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja
Petua ini yang diamalkan ibu ini setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak sudah besar.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek
Ia berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.

'Suami suruh rehat dari kerja' - Aprena Manrose fokus nak dapatkan anak lepas 6 tahun kahwin
Menurut Aprena, dia sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah kepadanya untuk bergelar ibu.