IPOH: Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dalam kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang mendakwa dirogol seorang polis berpangkat Sarjan, tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kes itu masih dalam siasatan, dan polis dalam proses mengenal pasti sekiranya kejadian berkenaan benar-benar berlaku.
"Kita akan buat siasatan telus sepertimana siasatan lain, tiada SOP (prosedur operasi standard) yang lain, kita akan jalankan siasatan telus tanpa mengira subjek berkenaan adalah warga polis sendiri," katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing PDRM Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di sini hari ini.
Ditanya dakwaan pengguna media sosial yang mempertikai tiada sesiapa ditahan dalam kes itu, Azizi berkata terdapat beberapa perkara yang perlu disahkan oleh pihak polis terlebih dahulu.
Semalam, media melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada bulan Julai dan Oktober lepas.
Sementara itu merujuk kepada kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar pada 10 Jan lepas, Azizi berkata polis telah menerima laporan rasmi daripada pihak bomba, yang mengesahkan bahawa bahan bakar yang digunakan suspek adalah petrol.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Azizi berkata kes itu masih dalam siasatan, dan polis dalam proses mengenal pasti sekiranya kejadian berkenaan benar-benar berlaku. - Gambar Bernama
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Concorde Hotel KL tidak dijual - Sallehuddin
Concorde Hotel KL kekal fokus untuk meningkatkan perkhidmatan dan tawaran untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Situasi kian pulih, penduduk masih ambil langkah berjaga-jaga
Para penduduk di sekitar Kampung Maju Jaya dekat Kempas di Johor boleh menarik nafas lega apabila pencemaran bau di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu, kian pulih.
Dakwaan polis terlibat kes rogol: Timbalan Ketua Polis Perak jamin siasatan telus
Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dalam kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang mendakwa dirogol seorang polis berpangkat Sarjan, tahun lepas.