awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2024
09:30 MYT
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Azam berkata, siasatan hanya melibatkan individu terbabit dan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi BAM. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Seorang individu daripada kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) antara yang dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung siasatan dakwaan isu elaun.

Ringkasan AI
  • Siasatan Isu Elaun: Seorang individu daripada kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan isu elaun.
  • Fokus Siasatan: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa siasatan hanya melibatkan individu terbabit dan bukan seluruh entiti BAM, dengan enam saksi telah dipanggil setakat ini.
  • Maklumat Tambahan: BAM mengesahkan bahawa pegawai SPRM telah mengunjungi pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat tertentu berkaitan siasatan ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan hanya melibatkan individu dan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
"Beberapa saksi tambahan telah dipanggil, dan siasatan melibatkan isu elaun tetapi ini hanya melibatkan individu berkenaan, bukan seluruh entiti atau organisasi.
"Penyiasatan masih berjalan, seperti yang saya nyatakan sebelum ini," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini enam saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan tersebut.
“Penyiasat memberitahu mereka masih melihat kepada isu mengenai elaun dan sebagainya," tambah beliau.
Pada 3 Disember lalu BAM mengesahkan pegawai SPRM mengunjungi pejabat badan induk itu bagi mendapatkan maklumat tertentu.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.
Topic Berkaitan
#SPRM siasat BAM
#Azam Baki
#hanya melibatkan individu terbabit
#isu rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan