awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan terima RM8.6 juta, PKN buat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
08:17 MYT
Dakwaan terima RM8.6 juta, PKN buat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak
Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw bersama pucuk pimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak serta Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung dana RM8.6 Juta kepada pertubuhan tersebut.
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN) pada Jumaat membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw berikutan dakwaan pertubuhan tersebut menerima dana sebanyak RM8.6 juta.
Pengerusinya, Nor Hizwan Ahmad dalam satu laporan polis memaklumkan tuduhan tersebut yang dilaporkan menerusi sebuah portal berita disifatkan satu fitnah dan pembohongan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Saya percaya bahawa fitnah dan penipuan yang serupa telah berlegar di banyak media sosial dan memburukkan reputasi kami selaku sebuah NGO yang banyak berurusan dengan komuniti B40 di seluruh negara.
“Tuduhan tidak berasas tersebut juga boleh dikategorikan sebagai laporan polis palsu. Saya mengesyaki parkara ini dilakukan susulan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang mengaitkan dana tersebut dengan NGO kami,” demikian katanya memetik laporan polis yang dibuat.
Jelas beliau lagi dalam laporan polis tersebut, tuduhan itu dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk memburukkan usaha pihaknya membantu masyarakat melalui NGO.
Terdahulu, Steven bersama pucuk pimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak serta Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung dana RM8.6 Juta kepada pertubuhan tersebut.
Dakwa laporan tersebut, dana itu kemudian diagihkan kepada 11 orang ahli jawatankuasa, dengan setiap seorang menerima RM780,000.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#DAP
#polis
#Parlimen
#Media
#NGO
#pemuda
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan