awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
20/04/2020
16:01 MYT
Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya
Ulang tahun kelahiran wira negara ini pasti mengukir sejarahnya tersendiri saat negara sedang berjuang menentang musuh yang tidak terlihat.
HARI ini (21 April) rutinnya pasti berjalan seperti biasa.. kerja tanpa cuti rehat sejak beberapa bulan lalu.
Pada sebelah petang pula tidak pernah gagal mengadakan ‘temu janji’ dengan puluhan warga media, yang disaksikan puluhan juta lagi warga Malaysia.
Semua itu bakal dilalui seperti biasa atas nama memikul tanggungjawab dan amanah, meskipun tuntutan itu merentasi 24 jam tarikh istimewa yang bersifat peribadi buat diri sendiri - ulang tahun hari lahir.
Dalam kesibukan itu, bilakah agaknya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-57?
Apa yang pasti, satu-satunya hadiah yang paling bermakna buat beliau adalah apabila Malaysia menang dengan cemerlang dan bebas daripada pandemik COVID-19.
BACA: Rakyat Malaysia kekal duduk di rumah, hadiah hari lahir paling istimewa buat Dr Noor Hisham
Astro AWANI membawakan sedikit sorotan buat Dr. Noor Hisham pada hari istimewa beliau, sebagai hadiah dan penghargaan yang mungkin mampu mengukir senyuman pada wajahnya.
Beliau diketahui umum sebagai individu yang gemar berkongsi kejayaan tidak kira tinggi manapun pujian yang ditujukan khusus buat dirinya.
Pengiktirafan negara luar ke atas beliau iaitu dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dan diyakini atas usaha menangani pandemik COVID-19 tidak mahu diraih seorang diri. Penghormatan itu juga dipulangkan dan didedikasikan buat negara Malaysia yang dicintainya.
Dr. Noor Hisham Abdullah ternyata telah muncul sebagai Very Very Important Person (VVIP) sejak beberapa bulan lalu dalam usaha dan ikhtiar menentang 'tentera' wabak yang tidak terlihat dengan mata kasar itu.
Figura itu juga tidak ketinggalan diberikan pelbagai gelaran termasuk hero, wira dan pahlawan oleh rakyat Malaysia.
and we (rakyat) also be so thankful to have you all. Our FRONTLINERS, our HERO
— yattrosli (@Syafieyqah91) April 9, 2020
We thank you as well no words can express our appreciation for your conscientious work and have us all in your heart.#RibuanTerimaKasih
— Irene C. Reynolds (@IreneCReynolds1) April 9, 2020
Thank you I pray that Datuk Dr Hisham & team are well & safe.We are indebted to you for your fine services n sacrifice.
— AbgIrwan AbgAhmad (@abgirwan) April 5, 2020
BACA: COVID-19: "Saya bukan wira, itu tak penting" - KP Kesihatan
BACA: Saluran TV China senaraikan Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dan diyakini

"Pada saya tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita (Kementerian Kesihatan)."
"Ikut garis panduan yang diberikan KKM. Jangan ikut yang tular di media sosial, berita palsu dan sebagainya, rujuk kepada talian atau pun laman sesawang KKM."

Tentunya tiada pihak yang mampu menafikan komitmen Dr Noor Hisham bersama-sama petugas barisan hadapan yang terus-menerus melawan wabak ini - tidak kira dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri mahupun kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Bagaimanapun, setiap pengiktirafan dan kata-kata pujian yang ditujukan khas untuk beliau akan sentiasa ‘dikongsi’ bersama pasukannya dan juga seluruh rakyat Malaysia.
COVID-19 mengubah landskap negara bertuah ini sekelip mata. Jangkitan demi jangkitan dilaporkan sehinggalah berlaku realiti yang paling ditakuti iaitu kematian.
Justeru, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan virus pembunuh itu sejak 18 Mac lalu dan sehingga kini masih diteruskan dalam fasa ketiga.
BACA: COVID-19: Dinamakan antara doktor terbaik adalah pengiktirafan untuk negara - Dr Noor Hisham

“Kementerian Kesihatan hanya boleh menasihatkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tetapi itu adalah keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Apa yang kita harus bersyukur, dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri untuk melaksanakan PKP. “Kita kena lihat ada empat tindakan penting. Pertamanya kawalan sempadan - terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Setiap hari rakyat Malaysia sabar menanti perkembangan terkini yang dibawa dari semasa ke semasa menerusi sidang media yang diketuai Dr. Noor Hisham. Berbulan sudah berlanjutan, namun tidak pernah sekalipun beliau ‘tergelincir’ dalam menjaga batas percakapan meskipun dalam situasi genting begini. Wajahnya sentiasa tenang, tidak hanya membaca kenyataan media, beliau mendengar dan menjawab apa sahaja soalan yang dilontarkan oleh pihak media demi menyajikan berita yang tepat dan padat kepada masyarakat. Tidak cukup pada sidang media, laman sosial Twitter dan Facebook beliau turut dikemas kini dengan hantaran perkembangan terkini wabak COVID-19 walaupun pada waktu tengah malam ketika orang ramai sedang lena beradu.
Unity in the midst of calamity. I thank you all pic.twitter.com/3LdDcpyE7d
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 9, 2020
Jika anda dapat lihat virus COVID-19 menular dan terzahir seperti ini, Adakah anda akan keluar rumah? pic.twitter.com/vUKtbb9MwV
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 5, 2020
BACA: COVID-19: Bantulah kami supaya kami boleh bantu anda, rayu Dr Noor Hisham kepada rakyat
Jadi tidak mustahil Twitter dan Facebook beliau setiap waktu dipenuhi dengan pelbagai komen positif oleh rakyat Malaysia yang rata-rata memberi kata-kata semangat, mengucapkan terima kasih selain memuji kepimpinan beliau untuk terus melawan pandemik global itu.
Also we, the citizens of Malaysia, would like to thank your whole team for all of the sacrifices. Terima kasih banyak-banyak! Only God can repay your kindness
— Sakinah Al-Habshee (@serenitysakinah) April 9, 2020
Wow...... awesome. we the citizens of Malaysia From this, I will continue to believe theres hope for the future of this Country. You have my utmost respect.
— echo71 (@briefcase71) April 9, 2020
No words can describe how lucky we are to have you and your dedicated team to navigate KKM up to this stage to combat Covid19.. Our thoughts and prayers are with you and your team.. May Allah ease everything.. In shaa Allah.. Ameen..
— Achaha #DudukRumahOntokOntok (@AchahaKin) April 9, 2020
Titipan di laman Facebook beliau juga sering memberi ingatan kepada orang ramai agar terus dan sentiasa mematuhi arahan PKP.

“Kepada orang ramai. Anda adalah penentu utama dalam menghentikan penularan pandemik ini. Harapan kami pada masa ini adalah anda terus duduk di rumah dan kekal mematuhi PKP.
“Kepada petugas kesihatan, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta, anda telah menunjukkan iltizam yang tinggi dan berusaha sebaik mungkin dalam usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 ini.
“Kementerian menghargai setiap satu daripada anda serta segala kudrat yang telah dan sedang anda curahkan setiap hari. Dedikasi dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh setiap petugas kesihatan dalam menghadapi pandemik yang luar biasa ini sememangnya menakjubkan. Terima kasih kepada anda semua”.
“Harapan negara kini disandarkan ke bahu kita. Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk meneraju perjuangan ini, dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara”.

Saat kluster tabligh menjadi sasaran serangan netizen dan dihambur kata-kata kesat, beliau bertindak 'menyejukkan' suasana dengan penuh rasional.
“Janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Apa yang penting ialah kita membantu dan mengesan dan mengawal COVID-19 di kalangan jemaah tabligh dan kontak mereka," ujarnya.
Kluster demi kluster dilaporkan, namun Malaysia tidak akan patah semangat berjuang mematahkan serangan COVID-19 tanpa letih, tanpa lelah.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Dr. Noor Hisham… semoga kejayaan memerangi COVID-19 menjadi milik kita semua…
#KitaMestiMenang
Topic Berkaitan
#China
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#laman sosial
#Malaysia
#media sosial
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Polis Diraja Malaysia
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan