RAMAI yang berminat untuk mendalami ilmu pelaburan tetapi tidak tahu selok belok untuk memulakan langkah pertama.
Jika itu yang anda mahukan, kunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 yang akan berlangsung dari 19 hingga 25 April ini di Sungai Petani, Kedah.
Di MSAM, pengunjung berpeluang untuk mendalami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan yang diperlukan untuk menambah pengetahuan mengurus pelaburan dalam dana unit amanah sesuai dengan objektifnya, untuk meningkatkan tahap celik pelaburan dan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Acara tahunan ini adalah untuk membuka peluang kepada pengunjung untuk meneroka dan memahami bagaimana pelaburan mereka dalam unit amanah ASNB diuruskan.
Program tahunan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini turut disertai Syarikat-syarikat pelaburannya seperti, Maybank Berhad, Sime Darby Plantation Berhad, S P Setia Berhad dan UMW Holdings Berhad yang dikategori sebagai Rakan Premier.
Manakala Rakan Utama terdiri daripada Sime Darby Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, MNRB Holdings Berhad, Takaful Ikhlas Berhad, MIDF Berhad, Sime Darby Property Berhad, Perodua dan Heitech Padu Berhad.
Sementara itu, Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad serta CCM Berhad dikategorikan sebagai Rakan.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri Kedah.
Orang ramai juga berpeluang untuk mengenali syarikat strategik dan teras PNB, kekuatan mereka dalam pelaburan unit saham amanah yang dibuat melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam produk seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.
“Kami juga berharap melalui usaha ini, para pemegang unit dan masyarakat akan memperoleh kefahaman dan kesedaran tentang hubung kait antara risiko dan pulangan”, ujarnya.
Pelbagai program menarik turut disusun sepanjang seminggu, antaranya Program Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Jejak Pelabur Bijak Maybank dan Jejak Pelabur Cilik SP Setia - selaras dengan matlamat PNB untuk mengajak golongan muda merancang kewangan dari awal khususnya dan meningkatkan tahap celik kewangan masyarakat secara amnya.
Pelawat juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah Perodua Aruz, sebuah motosikal Honda Dash serta Iphone semasa Majlis Perasmian pada 21 April.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah mendapatkan borang peraduan dalam akhbar tempatan seperti Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, The Star, Guang Ming Daily dan Malaysia Nanban pada 20 dan 21 April.
Pengunjung juga boleh mendaftar secara percuma melalui aplikasi “PNB Events” atau secara ‘walk-in’ sepanjang pameran diadakan.
Minggu Saham Amanah Malaysia yang dianjurkan sejak tahun 2000 sentiasa mendapat sambutan baik dan menjadikan jumlah pengunjung terkumpul sehingga kini mencecah 3.8 juta orang.
Acara yang memberi banyak manfaat ini juga pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pameran Unit Amanah Terpanjang (2000-2014) dan menerima Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia 2015 (Kategori Pemerkasaan Sosial) oleh Enterprise Asia.
Shaznina Rozman
Mon Apr 15 2019
Minggu Amanah Saham Malaysia 2019 membuka peluang untuk rakyat meneroka dan memahami perjalanan pelaburan.
10 Berita Pilihan - (16 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 30,000 banjiri Padang Merdeka raikan sambutan Hari Malaysia 2024
Meskipun hujan lebat pada awal sambutan acara yang bermula 8.30 malam, orang ramai tetap setia berada di sekitar Padang Merdeka.
Tumpuan Selasa – 17 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Sabah tetap pertahan kedaulatan dalam Malaysia - Hajiji
Walau pernah diuji dengan pelbagai ancaman dan situasi namun semua itu tidak melemahkan semangat serta iltizam rakyat untuk terus mempertahan Negeri Di Bawah Bayu.
Presiden Laos terima anugerah kepimpinan ASEAN daripada KSI
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Vientiane di mana delegasi tertinggi KSI mengadakan kunjungan hormat ke atas Thongloun di Dewan Negara Laos.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
AWANI Ringkas: Pereka dalaman dibunuh kejam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.