KULAI: Enam individu termasuk dalang utama sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai yang beroperasi lebih empat tahun di sekitar daerah ini dan Johor Bahru, ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi dua serbuan berasingan, pada Ahad.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Mohd Razali Melin berkata, penahanan tiga lelaki tempatan selain dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 28 hingga 60 tahun itu dibuat hasil serbuan di dua lokasi sekitar Palm Resort Senai, pada jam 9.30 pagi.
Katanya, serbuan menerusi Op Kontraban itu juga menghasilkan rampasan arak dan rokok seludup bernilai kira-kira RM704,370.
“Hasil siasatan awal ke atas kesemua suspek mendapati sindiket ini telah beroperasi lebih empat tahun dan beberapa siri tangkapan telah dilakukan ke atas sindiket ini namun mereka masih meneruskan operasi.
“Dipercayai juga suspek lelaki warganegara asing yang berumur 60 tahun itu merupakan ketua atau dalang utama bagi sindiket penyeludupan tersebut.
“Rampasan membabitkan arak dan rokok seludup berserta barangan sindiket yang lain dianggarkan bernilai RM1.13 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, kesemua yang ditahan bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.
Aiman Hakeem Awazmin
Sun Jun 05 2022
Serbuan menerusi Op Kontraban itu juga menghasilkan rampasan arak dan rokok seludup bernilai kira-kira RM704,370. - Gambar/ PGA
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman
Mereka disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
SPRM menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.
Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan
Padah menjadi perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan, seorang penjawat awam antara yang ditahan pihak berkuasa.
4 penjawat awam direman, terima rasuah RM5 juta daripada sindiket penyeludupan
Empat penjawat awam ditahan reman empat hari kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta
JKDM Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor.
Polis Thailand bongkar sindiket seludup bahan api dari Malaysia
Polis Thailand membongkar sindiket penyeludupan menggunakan trak pikap untuk mengangkut ratusan ribu liter bahan api dari Malaysia ke Thailand setiap bulan.
Imigresen tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin, tahan lima individu
Jabatan Imigresen (JIM) telah menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Jumaat lepas.
Rokok seludup bernilai RM318,056 dirampas dalam serbuan di rumah usang
Kegiatan itu dikesan ketika anggota ATB 2 menerusi Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat rondaan Op Bentang Bersama di kawasan Kampung Batu 3.
Dalang, 5 ahli sindiket seludup arak, rokok tanpa cukai ditahan
Serbuan menerusi Op Kontraban itu juga menghasilkan rampasan arak dan rokok seludup bernilai kira-kira RM704,370.