awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin

Bernama
Bernama
19/07/2019
03:30 MYT
Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin
Mereka yang terlibat dalam penerbitan dan pengedaran video seks ketinggalan zaman, tegas Amirudin Shari. - Gambar fail Astro AWANI
"No man is above the law in this country (tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang di negara ini)," demikian tegas Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Amirudin Shari berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik dalam kes pengedaran video seks berkaitan seorang menteri.
Amirudin berkata, dalang dan individu yang terlibat dalam pembikinan dan pengedaran video itu perlu dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya tanpa mengira kedudukan dan status individu berkenaan.
"Bagaimanapun, keadilan juga harus diberikan kepada dia (yang dituduh) peluang untuk membela diri dan sebagainya jika dia percaya dia tidak melakukan kesalahan," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Anak Istimewa Selangor di sini hari ini.
Semalam, Abdul Hamid berkata, hasil siasatan polis terhadap kes video seks berkenaan mendapati wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu
Ketika ditanya mengenai hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) terhadap individu dalam video itu adalah negatif, Amirudin bersyukur isu itu sudah terlerai.
"Alhamdulillah, semua dah terlerai, dan jangan kita sambung cerita macam ini, we should move on (kita perlu bergerak) ke hadapan," katanya.
Tambah Amirudin, mereka yang terlibat dalam pembikinan video berkenaan adalah ketinggalan zaman kerana rakyat telah lama menolak perbuatan politik kotor sedemikian.
Abdul Hamid dalam kenyataan yang sama semalam turut berkata hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video seks berkenaan mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, bagaimanapun, hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.
Setakat ini lapan orang termasuk Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu. - BERNAMA BACA: Video intim Haziq tulen - Ketua Polis Negara
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Amirudin Shari
#Azmin Ali
#dalang
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Ketua Polis Negara
#Menteri Besar Selangor
#Pakatan Harapan
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan