SERDANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap agar kementerian yang lain turut mengambil inisiatif bagi mendekati golongan muda dalam membantu mereka untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan selain menyediakan program yang dekat dengan jiwa golongan itu.
Menurut menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin, golongan muda merupakan aset penting negara yang perlu sentiasa dibimbing dengan cara sesuai dengan kehendak dan gaya hidup masa kini.
Katanya, golongan tersebut senang untuk didekati menerusi program-program yang bersifat santai dan diselangi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang perlu diambil peluang oleh agensi-agensi kerajaan dalam membimbing mereka.
"Sebab itu KDN mengaturkan program-program kepada mereka ini untuk diberikan latihan yang secukupnya. Latihan yang kita maksudkan adalah supaya kementerian-kementerian yang lain juga dapat turut bersama membantu mereka.
"Contohnya dari segi meningkatkan kemahiran termasuk TVET dan mereka datang ke sini untuk mengetahui apa yang ada yang boleh mereka ambil peluang dan saya minta juga supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai contoh untuk menganjurkan beberapa program supaya memaklumkan kepada anak muda untuk menyedarkan mereka bahawa kehidupan ini memerlukan peningkatan daripada semasa ke semasa," katanya ketika ditemui media selepas hadir merasmikan Program Belia Prihatin Negara di sini hari ini.
Tambah Hamzah lagi, anak muda juga perlu sedar bahawa dalam menikmati pelbagai aktiviti remaja, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.
Agensi kerajaan jelasnya boleh berperanan sebagai pihak yang memberi sokongan membabitkan peluang yang mungkin boleh diceburi berdasarkan minat mereka.
"Kita nak ketengahkan ini semua supaya anak-anak muda tahu bahawa kerajaan sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk mereka berkecimpung. Sebab itu saya menggalakkan supaya program seperti ini bukan hanya kita berseronok, tapi juga ambil maklum semua agensi yang ada di sini agar mereka tahu peluang yang diberikan (kepada mereka)," katanya lagi.
Program Belia Prihatin Negara yang memasuki edisi ke-10 itu berjaya menarik minat penyertaan hampir 50,000 belia termasuk dalam kalangan remaja seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik oleh penganjur.
Turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi termasuk motosikal.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Sep 03 2022
Hamzah (tengah) ketika hadir pada Program Belia Prihatin Negara yang diadakan di MAEPS pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.