awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok

Bernama
Bernama
10/02/2020
14:22 MYT
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
ABU KASSIM: Kami mahu agensi antirasuah bebas dan berjuang untuk menegakkan kebenaran serta tanpa rasa takut. - Gambar fail/BERNAMA
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata dana itu, dengan sumbangan awal sebanyak RM500,000 dari Malaysia yang menjadi negara pertama berbuat demikian, dijadual dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memberitahu taklimat media di sini hari ini bahawa dana itu bertujuan menyalurkan bantuan kepada para pegawai agensi antirasuah yang menjadi sasaran atau terdedah kepada ancaman terhadap nyawa, keselamatan dan maruah mereka ketika menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti rasuah.
"Selepas 2004, banyak agensi antirasuah telah berkembang tetapi malangnya, ramai yang kalah dalam perjuangan seperti kena buang (kerja). Mereka (pegawai antirasuah) telah dibuang kerja hanya kerana mengambil tindakan terhadap sesuatu yang sensitif.
"Dana ini diwujudkan bagi membantu mereka. Kami mahu agensi antirasuah bebas dan berjuang untuk menegakkan kebenaran serta tanpa rasa takut," katanya.
Beliau berkata penubuhan dana itu adalah susulan penerimaan resolusi untuk mewujudkan dana tersebut di Persidangan Umum Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna pada Januari tahun lepas.
Abu Kassim berkata sebelum ini, IAACA menggelarkan dana itu sebagai 'Mahathir International Anti-Corruption Champion Fund' bagi menghargai peranan beliau dalam usaha memerangi rasuah, namun Dr Mahathir kemudian mencadangkan agar nama tersebut ditukar kepada PIACCF untuk menjaga kebajikan pegawai antirasuah yang telah "dieksploit" semasa bertugas.
Sementara itu, Datuk Muhammad Salim Sundar, antara pemegang amanah PIACCF, berkata selain melancarkan dana tersebut, acara yang berlangsung esok juga bakal menyaksikan penyampaian Anugerah Antirasuah Antarabangsa 2020 kepada dua individu sebagai menghargai usaha mereka dalam memerangi rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#dana kebajikan agensi antirasuah
#GIACC
#IAACA
#Mahathir Mohamad
#Perdana International Anti-Corruption Champion Fund
#Perdana Menteri
#PIACCF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan