Pemotongan subsidi yang sepatutnya bertujuan menjimatkan perbelanjaan negara telah digunakan sebagai geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), dakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan telah membelanjakan lebih RM1 bilion dalam tempoh lima tahun tetapi hanya 20 hasil kajian R&D yang berjaya dikomersialkan.
Menurut beliau, di antara tahun 2009 hingga 2013, sejumlah RM1.152 bilion telah dibelanjakan sebagai geran R&D iaitu sebanyak RM900 juta kepada Tabung STI (ScienceFund, Technofund, Innofund, Human Capital Development Fund), RM246 juta kepada Tabung Commercialization of R&D Fund (CDRF) dan sebanyak RM6 juta kepada Tabung Technology Acquisition Fund (TAF).
"Jumlah RM1.152 bilion bagi tempoh terkini bukanlah satu jumlah yang kecil.
"Jumlah ini sudah tentu menimbulkan kontroversi jika tidak memberi pulangan yang sewajarnya bila mana kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memotong subsidi untuk menjimatkan perbelanjaan, sedangkan jumlah yang dijimatkan itu dibelanjakan pula kepada geran-geran R&D seperti ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, Selasa.
Beliau mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang memberi tumpuan kepada prestasi pengurusan Skim Jaminan Dana Pembiayaan Teknologi Hijau di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rafizi juga mendakwa salah satu dari keputusan yang memberi geran MOSTI pada jumlah yang sangat besar dan menimbulkan tanda tanya melibatkan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ia menimbulkan persoalan kemanakah sebenarnya dana ini digunakan?
"Benarkah ia digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkomersilan R&D atau ia digunakan bagi tujuan-tujuan lain?," soal beliau.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan memaklumkan, beliau akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D digunakan bagi membantu individu tertentu dalam dua minggu ini.
Tambahnya, dengan pendedahan tersebut, beliau berharap ia dapat membuka mata rakyat agar pemberian geran dan peruntukan dana tersebut dapat dikaji semula dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kenaikan harga barang.
Haider Yutim
Tue Apr 15 2014
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) - Foto AWANI
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Malaysia perlu rebut peluang dalam pasaran peranti perubatan global - Chang
Inovator dan pengeluar di Malaysia perlu merebut peluang daripada potensi besar industri peranti perubatan global, yang dijangka mencapai hampir US$800 bilion menjelang 2030, kata Menteri Sains, Tekno