KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan seorang penceramah pencegahan jenayah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana yayasan itu berjumlah RM195,000.
Bagaimanapun, Bok Siew Mun, 48, dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, 51, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Hasbullah Adam dan Datin Sabariah Othman.
Di hadapan Hasbullah, Bok sebagai pengerusi MCPF KL, yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu dana yayasan itu, didakwa melakukan pecah amanah dana yayasan dengan mengarahkan bayaran secara cek berjumlah RM195,000.00 kepada Syarikat Trio Green Hornet Sdn Bhd di Maybank Berhad, Cawangan Bandar Sri Permaisuri di sini pada 26 Feb hingga 31 Mei 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu di hadapan Sabariah, Saiful Hamiruzzaman didakwa bersubahat dengan Bok untuk melakukan pecah amanah berkaitan dana yayasan sama dengan mengemukakan invois milik Syarikat Trio Green dan menandatangani baucer bayaran yayasan itu pada tempat dan tarikh sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Bok dan Saiful Hamiruzzaman, masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan 30 April ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aq Nazrin Zaharin manakala peguam Datuk Vignesh Kumar mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Bok Siew Mun, 48, dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, 51, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Ada cubaan bawa kembali Resolusi Pemisahan Palestin 1947 oleh Israel - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan ada cubaan oleh Israel dan sekutunya untuk membentangkan kembali Resolusi 181(ii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai asas sempadan antara Palestin dan Israel. Jelasnya, Amerika Syarikat dilihat cenderung kepada idea ini dengan menghalang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh PBB yang sedang berlangsung. #AgendaAWANI
Tetingkap tunggal MYStartup lengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan - Lih Kang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata portal MYStartup yang dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan tetingkap tunggal untuk semua penyelesaian mengenai syarikat pemula di Malaysia. Jelasnya, laman tersebut melengkapkan ekosistem syarikat pemula tempatan dengan menghimpunkan pengasas syarikat, pelabur dan bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). #AgendaAWANI
Lebih banyak sekutu AS di Asia Barat, Afrika membawa haluan sendiri - Pakar
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Aminurraashid Yatiban berkata lebih banyak negara-negara yang dikenali sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat di Asia Barat dan Afrika yang menjauhkan diri dari negara kuasa besar itu. Jelasnya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mula membentuk pendirian sendiri yang secara tidak langsung menggagalkan usaha penolakan Amerika Syarikat terhadap Palestin di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #AgendaAWANI
Didakwa salah guna kuasa, Eizlan Yusof saman Hans Isaac
Dakwaan tidak berasas Hans, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas.