awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi

Bernama
Bernama
13/05/2024
13:34 MYT
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Harga LGM untuk SMR 20 naik 5.5 sen kepada 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 726 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut didorong oleh jualan kereta di China yang kukuh dan pengeluaran getah asli (NR) yang merosot, seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah," katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin dengan yen rendah dan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama Thailand, bagaimanapun harga minyak yang rendah dan kebimbangan mengenai geopolitik menyelubungi pengguna utama China yang mengehadkan kenaikan.
Menurut DoSM, pengeluaran NR Malaysia merosot 9.2 peratus kepada 26,966 tan pada Mac 2024 berbanding 29,691 tan pada Februari. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran NR berkurangan 0.8 peratus daripada 27,188 tan pada Mac 2023.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 5.5 sen kepada 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 726 sen sekilogram.
Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran getah
#harga minyak
#DoSM
#jualan kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan