awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP dakwa YTL monopoli projek Kementerian Pendidikan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
16/07/2013
01:35 MYT
DAP dakwa YTL monopoli projek Kementerian Pendidikan
Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari mendakwa YTL Corp Bhd dan anak syarikatnya telah dianugerahkan monopoli ke atas pelbagai projek yang menguntungkan oleh Kementerian Pendidikan.
Katanya YTL memperolehi projek antaranya seperti Pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah, Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa dan Pembekalan komputer riba Chromebook di bawah program “1 Student 1 Device”.
"Saya juga telah menyatakan bagaimana sebahagian besar daripada kos di atas akan berulang, khususnya kos pelesenan dan penyelenggaraan.
"Pada masa yang sama, saya juga menegaskan bahawa pembelian Chromebook merupakan bom jangka kepada Kementerian, kerana Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah secara terbuka berjanji untuk menyediakan satu komputer riba kepada setiap murid di negara ini di bawah program “1 Student 1 Device”.
"Ini bermakna kos keseluruhan akan mencecah RM6.6 bilion bagi kesemua 5.5 juta murid pada harga RM1,200 setiap unit, iaitu harga yang dinyatakan kepada saya dalam jawapan Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media.
Zairil mendakwa kemneterian pendidikan terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan Samsung Chromebook Wi-Fi dengan membayar RM1,200 seunit kepada YTL Corporation sebagai pembekal sedangkan harga pasaran untuk model yang sama hanya RM988 seunit.
"Pastinya Kementerian akan mendapat diskaun yang besar dengan pesanan berjumlah 116,399 unit dan bakal membeli lagi 5.4 juta unit lebih sejajar dengan program “1 Student 1 Device”.
"Pada masa yang sama, tidakkah Kementerian akan mendapatkan tawaran yang lebih baik jika mereka membeli Chromebook terus daripada pengeluar, sama ada Samsung atau Acer?" soal Zairil.
Beliau berpendapat lebih menjimatkan jika Kerajaan membeli Chromebook secara langsung daripada pengeluarnya, berbanding kos yang lebih mahal melalui YTL, sedangkan syarikat tersebut bukan pengeluar atau pengedar komputer.
Topic Berkaitan
#DAP
#YTL Corporation
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan