awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP nafi tidak beri notis hadir CEC

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/08/2013
23:55 MYT
DAP nafi tidak beri notis hadir CEC
Hanya empat cawangan DAP yang membuat aduan kepada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berikutan tidak mendapat notis hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember tahun lalu kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu, Loke Siew Fook.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan keempat-empat cawangan berkenaan memandangkan kesemua perwakilan terbabit dikatakan hadir pada pemilihan di Pulau Pinang itu.
"Bagaimana Najib boleh membuat kesimpulan bahawa perwakilan yang tidak hadir pada hari tersebut disebabkan mereka tidak dimaklumkan?,"
"Hakikatnya, hanya beberapa perwakilan sahaja yang membuat aduan kepada ROS bahawa mereka tidak mendapat notis tersebut."ujarnya semasa sidang media di ibu pejabat DAP di ibu negara.
Empat cawangan yang membuat aduan kepada ROS sebelum ini ialah kawasan Sungai Pelek, Desa Skudai, Taman Desa Dahlia dan Ladang Paroi.
Beliau yang juga dikenali sebagai Anthony Loke berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membidas DAP sebagai parti yang tiada kredibiliti berikutan seramai 753 perwakilan parti yang berhak hadir pada pemilihan CEC tidak dimaklumkan untuk hadir.
Jelas ahli Parlimen Seremban itu, DAP sudah mengumpul lebih 500 surat pengesahan yang ditandatangani perwakilan yang tidak hadir untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut, namun mereka tidak hadir atas sebab peribadi.
"Mereka layak hadir tetapi mereka tidak hadir. Ini perkara biasa dalam mana-mana parti. Mesyuarat UMNO pun ada yang tidak hadir, bukannya seratus peratus hadir," tegasnya.
Katanya, DAP sudah bersedia dengan bukti-bukti bagi menyatakan parti itu ada mengeluarkan notis berkenaan sejak dua bulan lalu.
"Kita telah mengarahkan semua Setiausaha Organisasi Negeri untuk mengumpul surat pengesahan daripada wakil yang tidak hadir, "ujarnya.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Whip DAP mengakui tidak dapat menerima beberapa surat pengesahan lain berikutan ada perwakilan yang meninggal dunia atau tidak memberi sebarang jawapan.
Justeru, beliau mendesak ROS menarik semula arahan mengadakan pemilihan semula CEC berikutan semua bukti sudah dikemukakan kepada pertubuhan itu.
Mengenai tindakan kepada perwakilan yang membuat aduan kepada ROS, beliau menjelaskan, sebahagiannya sudah dilucutkan keanggotaan mereka berikutan menyalahi peraturan parti.
"Orang yang buat aduan itu mereka ada agenda mereka sendiri. Mereka bukan buat aduan yang benar,"
"Mereka ada kesalahan tatatertib yang lain, seperti sabotaj parti dan sebagainya Jawatankuasa Disiplin telah singkirkan mereka, bukan semua.Berapa ramai saya tak pasti. Ini keputusan Jawatankuasa Disiplin,"katanya.
Bulan lalu, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#DAP
#ilihan cec
#pe
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan