DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia terbukti daripada kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan persetujuan DAP untuk jawatan perdana menteri jika mereka memerintah negara.
"Akhirnya terbukti memang benar bahawa kerajaan pimpinan UMNO sekarang memang berhadapan dengan pembangkang pimpinan DAP.
"Ini dibuktikan dengan kenyataan Muhyiddin semalam, apakah dia ingat, DAP akan pilih dia menjadi PM, seronok dengar angan-angan saudagar mimpi ini.
"Bagaimana kamu hendak menjadi PM? Satu-satunya kerusi yang pembangkang akan benarkan kamu bertanding tanpa perebutan kerusi hanyalah Pagoh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Kerana dendam kesumat, Mahathir sanggup diperkudakan DAP
BACA: Fahaman sekular DAP tidak sesuai dengan Malaysia - Pemimpin UMNO
Tegas Lokman, Muhyiddin perlu ingat, dia perlu meminta ehsan PKR untuk melepaskan kerusi yang dulu mereka tandingi.
"Kalau mereka sanggup lepaskan 30 peratus sekalipun, macamana kamu hendak beri isyarat kepada rakyat bahawa kamulah calon Perdana Menteri Pakatan sekiranya jumlah kerusi yang PPBM tandingi kurang dari rakan Pakatan lain?
"Kemudian kamu kena minta kerusi yang PAS tandingi pula. Bukan sahaja PAN sudah kelaparan menunggu hendak bertanding di kerusi PAS, perlu diingatkan juga bahawa sokongan PAS masih kukuh dan mustahil mereka langsung tidak mahu bertanding pilihanraya depan.
"Lagipun, Muhyiddin kena ingat, Mahathir meletak beliau sebagai calon Perdana Menteri hanyalah sebagai batu penyendal sementara menunggu anaknya bersedia untuk mengambil alih," jelasnya.
Ujarnya lagi, satu kesilapan besar jika Datuk Seri Anwar Ibrahim pula merasakan bahawa bahawa beliaulah calon Perdana Menteri Melayu yang dimaksudkan oleh DAP.
"Anwar memang beliau silap besar. Calon perdana menteri akan datang daripada parti yang menang paling banyak kerusi di kalangan pembangkang.
"Dan parti yang akan menang paling banyak kerusi di kalangan pembangkang sekiranya BN tumbang sudah tentulah DAP. Ini disebabkan parti yang bertanding di kerusi Melayu di kalangan pembangkang sangatlah banyak.
"PKR, PPBM dan PAN sudah pasti akan berkongsi sorang sedikit dan UMNO sudah pasti akan mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Melayu," katanya.
Sebaliknya jelas Lokman, DAP akan membolot hampir semua kerusi di kawasan Cina dan menyerahkan beberapa kerusi yang sukar dimenangi kepada rakan Pakatan yang lain.
"DAP sudah sedar kesilapan mereka pada tahun 2008, bila mana mereka menang 18 kerusi di Perak, mereka terpaksa mengorbankan kerusi Menteri Besar tersebut untuk diberikan kepada PAS yang hanya mempunyai 6 kerusi.
"Ini adalah disebabkan calon MB mestilah Melayu dan beragama Islam mengikut Undang-Undang tubuh Negeri Perak.
"Jika Muhyiddin dan Anwar fikir DAP akan bagi mereka peluang menjadi Perdana Menteri, memang sahlah bacaan politik mereka sangat lemah," jelasnya.
Lokman memberitahu, sejak 2008, DAP sudah mula mendekati orang Melayu secara agresif dan mengetengahkan tokoh-tokoh Melayu.
"Mereka sudah mula meletakkan calon-calon Melayu di DUN mahupun Parlimen pada tahun 2013. Lagipun, kekuatan Anwar sejak disumbatkan semula di dalam penjara ini sangatlah rapuh.
"Hanya Wan Azizah dan Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR yang masih boleh Anwar harapkan. Itu sebabnya Anwar akan turunkan Nurul Nuha, anak keduanya pula untuk bertanding kerusi Parlimen.
"Di dalam PKR kini, wala' kebanyakkan ahlinya sudahpun beralih kepada Azmin Ali yang bila-bila masa dijangka bisa menumbangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR," ujarnya.
Jadi jatanya, rakyat Malaysia sewajarnya lebih bijak menilai dan jangan lagi tersilap langkah seperti rakyat Perak pada tahun 2008.
"Akibat sikap ingin mencuba pemerintahan baru, sehingga kini keputusan yang Nizar Jamaluddin buat iaitu memberikan tanah tol 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baharu, Perak kerana akur desakan DAP, tidak dapat diubah balik sehingga kini.
"Nasib baik mereka hanya memerintah Perak selama 11 bulan, cuba bayangkan kalau negara ini jatuh ketangan pembangkang yang dikuasai DAP. Alamat musnahlah segala-galanya.
"Belumpun mereka memerintah, hendak tentukan siapa bakal perdana menteri pun ditentukan oleh DAP. Amat menyedihkan, manusia yang sebelum ini kata dia "Malay First, Malaysian Second" kini dah jadi 'Whatever DAP decide, i follow'. Macam itupun ada hati nak jadi perdana menteri," katanya.
Astro Awani
Mon Dec 05 2016
DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Lokman Adam. - Foto twitter.com/LokmanAdam
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jasa Samy Vellu akan terus diingati masyarakat negara ini - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jasa bekas Presiden MIC, Dr S Samy Vellu akan terus diingati masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum.
Jasa Najib kepada UMNO, negara tidak boleh dinafikan - Mahdzir Khalid
Jasa dan khidmat bakti Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti UMNO dan negara tidak boleh dinafikan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Belanjawan 2021: Anwar simpati kepada Tengku Zafrul kerana jadi mangsa orang politik
Anwar anggap JASA dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) hanyalah alat propaganda demi kepentingan politik pihak tertentu.
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
'Kuala Lumpur dahulu umpama padang jarak padang tekukur'
Jasa Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur daripada kawasan penempatan perlombongan bijih timah selepas perang saudara Selangor juga disebut Perang Klang pada awal 1870an tidak harus dilupakan.
JASA akan beri penerangan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB kepada mahasiswa
Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai sumbangan dana RM2.6 bilion dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada mahasiswa di seluruh negara.
'Wang di akaun Najib adalah hak dan rahsia peribadinya' - Tun Faisal
Wang di dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan hak dan rahsia peribadi Perdana Menteri itu sendiri.
1MDB: 'Muhyiddin perlu lebih percaya jentera kerajaan' - Lokman Adam
Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta lebih bersimpati dan menyokong usaha menerangkan isu yang dibuat jentera Kerajaan terhadap 1MDB berbanding The Edge.
Melayu jangan terpedaya dengan janji manis Kit Siang - Tajuddin
Orang Melayu dan Islam diminta tidak mudah terpedaya dengan apa juga alasan serta pujukan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.
Rakyat keliru kaedah baharu pengiraan hutang negara, kata Puad Zarkashi
Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.