PUTRAJAYA: Pengeksport, pengimport dan operator gudang perlu mendapatkan kelulusan pihak polis dengan menggunakan dokumen berkaitan kargo mereka sebagai bukti, sebelum melakukan aktiviti berkaitan memunggah barangan bukan keperluan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata, senarai pekerja yang terlibat juga perlu disertakan kerana jumlah pekerja yang dibenarkan adalah dihadkan, dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.
"Kelulusan polis ini, boleh digunakan sebagai kebenaran pergerakan untuk pekerja di sekatan jalan raya dan perlu ditunjukkan kepada pegawai penguatkuasa, ketika menjalankan aktiviti memunggah di premis syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perkara ini berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan pengeksport dan pengimport untuk melakukan kerja-kerja memunggah barangan bukan keperluan dari jam 8 pagi ke 8 malam pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula esok (18 Jun), bagi melegakan situasi yang dihadapi pengusaha logistik dan mengurangkan kapasiti di pelabuhan dan juga lapangan terbang.
Aktiviti adalah terhad kepada memunggah barangan sama ada menaikan atau menurunkan kargo dari, dan ke kilang, pelabuhan dan lapangan terbang untuk import dan eksport. Aktiviti ini termasuklah mendapatkan kelulusan, perancangan, pergerakan barangan, operasi 'forklift', mengangkut naik dan menurunkan barangan.
Ka Siong berkata, operasi juga membenarkan pergerakan barangan bukan keperluan, yang terhad kepada untuk simpanan dan juga mengimport dan eksport ke negara jiran.
Bagaimanapun beliau berkata, operasi untuk barangan perlu yang telah mendapat surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tidak tertakluk kepada aturan ini.
Ka Siong berkata keputusan untuk membenarkan aktiviti ini diputuskan, selepas pertimbangan untuk mengimbangi kenaikan kes COVID-19 dan keperluan memastikan pergerakan yang mencukupi dan tidak terganggu, barangan untuk pasaran konvensional dan aktiviti e-dagang.
Beliau berkata, kebenaran yang sama telah diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 tahun lepas, dan menyatakan yang kementeriannya akan terus memantau situasi itu secara dekat bagi memastikan pergerakan barangan dan kargo tidak terjejas, dan secara umumnya untuk mengurangkan kejutan pada pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Ka Siong berkata keputusan untuk membenarkan aktiviti ini diputuskan, selepas pertimbangan untuk mengimbangi kenaikan kes COVID-19. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.