Premis yang dijadikan dapur memasak nasi beriani buluh yang terkenal di Batu Uban di sini, diarahkan tutup selama 14 hari setelah didapati keadaan premis itu dikendalikan dalam keadaan menjijikkan.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, serbuan dijalankan setelah menerima aduan daripada orang awam.
"Ketika pemeriksaan, didapati lantai dapur di premis itu basah, tiada penutup saliran air, persekitaran tidak bersih, bahan mentah yang busuk dan rosak malah, buluh yang digunakan untuk memasak nasi didapati berkulat serta penemuan lipas," katanya kepada pemberita selepas menjalankan enam serbuan dalam Op Sapu di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata satu pasukan risikan ditubuhkan untuk membuat pemantauan ke atas premis terbabit selama dua minggu dan didapati tahap kebersihan di premis itu tidak memuaskan dan tidak sesuai dijadikan tempat untuk memasak.
Katanya, nasi beriani itu dimasak terlebih dahulu di premis yang diserbu itu sebelum menjualnya di gerai tepi jalan di sekitar kawasan Jalan Pantai Jerejak di sini.
"Kami juga dapat maklumat daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang yang menyatakan notis untuk meruntuhkan bangunan premis ini telah dikeluarkan. Didapati, peniaga menjalankan operasi menyediakan makanan di tanah bukan kepunyaannya di samping tidak pernah menerima kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan untuk beroperasi di premis itu," katanya.
Dalam pada itu, lima lagi serbuan dijalankan dalam operasi yang sama tertumpu di kawasan perindustrian di Batu Maung, ke atas kedai makan dan kedai runcit yang majoritinya dikendalikan oleh warga asing.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus, lipas serta keadaan kebersihan yang tidak memuaskan di beberapa premis. Kita juga telah merampas dan memberikan kompaun kepada pemilik sebuah kedai makan yang menjual minuman keras berjenama El Diablo," katanya.
Menurut Mohd Wazir, jenama berkenaan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia dan disyaki ia telah diseludup secara haram kerana minuman keras itu pernah dikaitkan dengan kes keracunan metanol yang telah menyebabkan kematian pada tahun lepas.
Beliau berkata lima daripada enam premis telah diarahkan tutup selama 14 hari serta sebanyak 16 notis kompaun telah dikeluarkan oleh KKM dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Nilai kompaun mencecah RM15,280 bagi pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Sementara itu, buluh yang digunakan untuk memasak nasi didapati berkulat selain terdapat penemuan lipas. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dapur nasi beriani terkenal menjijikkan, diarah tutup 14 hari
Pemeriksaan mendapati lantai dapur di premis itu basah, tiada penutup saliran air, persekitaran tidak bersih, bahan mentah yang busuk dan rosak.