JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan kegiatan satu sindiket antarabangsa yang menyeludup heroin menggunakan tong ikan seberat 1.3 tan ke Hong Kong, dalam beberapa serbuan dan tangkapan di sekitar negeri ini, Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata sindiket yang telah beroperasi sejak akhir tahun lepas itu menyasarkan pasaran Hong Kong, dan ia dipercayai telah sembilan kali menggunakan modus operandi yang sama.
Beliau berkata 12 warga tempatan termasuk seorang wanita, berusia 36 hingga 53 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan, turut ditahan dalam empat serbuan yang diadakan serentak di Kajang, Selangor; serta Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah yang dibungkus nipis sebelum diletakkan di bahagian bawah tong ikan sejuk beku untuk dieksport menggunakan kargo udara ke Hong Kong.
"Berdasarkan siasatan, rampasan yang melibatkan 20.41 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM1.9 juta itu merupakan kali kesembilan sindiket ini membuat penghantaran ke Hong Kong," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Turut dihadiri ialah Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Razarudin berkata modus operandi ini merupakan yang pertama kali dikesan, yang menyaksikan mereka membawa dadah berkenaan masuk melalui sempadan utara tanah air, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pekan Nanas, Pontian untuk dibungkus dan dihantar ke Hong Kong melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Dadah berkenaan juga dibungkus dengan bungkusan nipis seberat antara 270 gram hingga 275 gram setiap satu. Teknik berkenaan membolehkan mereka melepasi saringan syarikat kargo," katanya.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai turut menggunakan khidmat syarikat lain yang berdaftar serta mempunyai lesen menjalankan kegiatan import ikan sejuk beku, untuk melindungi kegiatan mereka, bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
"Siasatan lanjut mendapati tujuh daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau bersabit jenayah dan dadah manakala seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine. Polis turut merampas beberapa aset sindiket terbabit antaranya kenderaan, wang tunai, wang dalam akaun, barang kemas dan jam tangan, swemuanya dianggarkan bernilai RM710,851.98," tambahnya.
Razarudin berkata semua yang direman sehingga Sabtu ini, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Razarudin berkata sindiket yang telah beroperasi sejak akhir tahun lepas itu menyasarkan pasaran Hong Kong, dan ia dipercayai telah sembilan kali menggunakan modus operandi yang sama. - Gambar/ Bernama
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.
'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.
Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.
Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna
Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.
Sindiket dadah: Polis Sri Lanka berkas lebih 14,000 individu
Seorang jurucakap polis pada Isnin berkata operasi itu telah berlangsung selama seminggu.
Polis tahan dua 'transporter', rampas dadah RM3.1 juta
Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves, Ahad lepas.
Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000
Seorang lelaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM100,000 untuk mengelak daripada ditahan selepas penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM2.7 juta.
Kastam tumpas cubaan seludup 150 kg ganja lebiih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menumpaskan cubaan menyeludup masuk 150 kilogram (kg) dadah jenis ganja dengan nilai pasaran dianggar berjumlah RM649,300 pada Rabu lepas.
Polis bongkar makmal proses heroin, rampas dadah RM5.78 juta
Taktik sindiket menjadikan sebuah kondominium mewah di Tanjong Tokong Pulau Pinang sebagai makmal memproses dadah jenis heroin terbongkar selepas diserbu polis, pada Rabu dan Khamis lepas.
Polis serbu kondo mewah, rampas dadah RM655,000
Taktik seorang lelaki yang menjadikan dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih, sebagai tempat penyimpanan dadah terbongkar selepas diserbu polis, pada Khamis.