TIDAK jauh dari rumah saya — kira-kira 20 atau 30 meter jaraknya dari pagar, ada dua batang pokok yang memayungi tempat parkir penduduk flat berdekatan. Dua batang pokok itu pada beberapa Ahad yang lalu ditebang — satu daripadanya dibakar sebelum ditebang. Cerita dua batang pokok itu ditebang boleh saya ringkaskan begini: Marahkan hantu pokok ditebang.
Saya secara tidak sengaja diberitahu oleh seorang jiran tentang pokok itu yang kononnya berpenunggu. Ceritanya hanya sekerat kerana setelah menyedari bahawa saya — yang selalu balik lewat malam — tidak tahu tentang apa yang berlaku, dia berkata: "Maaf, saya tak patut cerita. Saya ingat abang sudah tahu."
Tetapi saya memang tidak tahu apa-apa, dan sampai hari ini, sumpah, saya tidak mahu tahu apa-apa. Cukuplah saya melihat hantu hidup; jangan pula nanti terganggu dengan hantu yang sudah mati.
Kisah hantu ada dalam semua masyarakat. Hantu pula kalau menyakat tidak peduli pangkat. Hantu bukan saja mengacau kelindan lori atau jaga kilang, pelakon Hollywood pun kena main dengan hantu. Di saluran 731, The Biography Channel, ada cerita hantu dan selebriti biarpun selebriti itu bukanlah mereka dari kalangan papan atas.
Dalam dunia Melayu pula, cerita hantu dan mistik — sejadah berdiri, kain batik terbakar sendiri di ampaian, bayang hantu dalam foto di air terjun, misalnya — cukup laku jadi bahan pelaris suratkhabar dan majalah. Malah dalam ketegangan krisis pencerobohan pengikut waris Kesultanan Sulu di Lahad Datu, antara cerita yang jadi heboh ialah kononnya kumpulan yang digelar Tentera Raja Sulu itu pakai tangkal, kebal dan tak lut peluru.
Kisah hantu Melayu sudah dicatatkan oleh Sir Frank Swettenham dalam bukunya yang terkenal, Malay Sketches yang terbit pada 1884. Buku itu diterjemahkan oleh Zubaidah Ibrahim, seorang pensyarah Universiti Malaya, dan terbit pada 2003.
Buku terjemahan yang diberi judul Perihal Orang Melayu itu merakamkan pemerhatian Swettenham mengenai watak, sifat dan perangai orang Melayu. Dia melukiskan perkara itu dalam satu bab khusus bertajuk Orang Melayu. Antara lain, Swettenham menulis betapa orang Melayu itu "pengikut (Nabi) Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul."
Harimau jadian
Ada dua bab tentang hantu dan tahyul yang dirakamkan oleh Residen Jeneral bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu itu. Pada bab 14, beliau mencatatkan tentang adat berhantu iaitu upacara pawang menyeru jin untuk mengubat seorang raja yang gering. Pada bab 17 yang pula, beliau menulis tentang hantu-hantu dalam dunia Melayu seperti bajang, polong dan pelesit serta harimau jadian di kalangan orang Kerinci dari Sumatera. Bab itu diberi judul Tahyul Orang Melayu.
Carilah buku itu dan bacalah bab Tahyul Orang Melayu itu. Pada penghujung bab itu, Swettenham berkongsi sepucuk surat yang dikirimkan kepadanya oleh Tuan Haji Muhammad Abu Hassan, guru agama kepada Sultan Perak — ada catatan yang mengatakan beliau itu mufti negeri. Dalam suratnya itu, tokoh agama berkenaan bertanyakan kepada Swettenham pandangan beliau tentang amalan berhantu serta pelbagai kepercayaan tahyul yang telah dilihatnya di negeri Perak.
"Bagaimanakah kelakuan yang demikian dianggap dalam agama tuan? Tuan Residen, adakah benar atau salah?" tulis tokoh ulama itu.
Lebih kurang 35 tahun sebelum terbitnya buku Swettenham itu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan nama Abdullah Munsyi menerbitkan catatan biografinya, Hikayat Abdullah. Dalam bukunya yang terkenal itu, Abdullah juga ada menulis tentang perihal orang Melayu dan hantu.
Pada bab yang diberi judul Anglo-Chinese College, Abdullah mencatatkan kisah kedatangan paderi Inggeris, William Milne ke Melaka. Abdullah mencatatkan kritikannya terhadap terjemahan Bible yang diberikan oleh paderi itu serta bagaimana dia mengajar paderi itu yang dipanggilnya Tuan Milne akan Bahasa Melayu dan dia pula belajar bahasa Inggeris daripada paderi itu.
Jembalang
Dia juga merakamkan episod bagaimana pada suatu hari dia ditanya oleh Tuan Milne tentang pontianak dan polong. Dia pun berceritalah kepada Tuan Milne tentang "hantu syaitan, polong, pontianak, penanggalan, jin pelesit, mambang, hantu pemburu, hantu rimba, jadi-jadian, hantu bungkus, bota, gergasi raksasa, nenek kebayan, himbasan, sawan, hantu mati dibunuh, bajang, keteguran, sampuk, pokokan, afrit, jembalang, terkena ubat guna" serta segala jenis ilmu dalam dunia Melayu — ilmu gagah, ilmu penunduk, ilmu pengasih dan sebagainya.
Abdullah mencatatkan bagaimana Tuan Milne tercengang mendengar ceritanya yang panjang lebar itu. "Tuan, semua perkara ini kalau sahaya ertikan boleh satu kitab besar. Adapun isinya kitab itu semuanya perkara bodoh dan sia-sia belaka yang tiada berfaedah. Lagipun orang yang berakal tiada suka mendengar, ditertawakannya sahaja," tulis Abdullah.
Carilah juga kitab hikayat itu. Abdullah ada menceritakan perihal yang lebih terperinci tentang penanggalan dan polong, dan selebihnya, pandangan beliau yang lebih keras tentang tahyul.
Noor Azam Shairi
Wed Mar 13 2013
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
'Hantu' sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup
Wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.
COVID-19: 'Pocong' gagal takutkan penduduk, pihak berkuasa Indonesia tukar taktik
Kali pertama diperkenalkan, ia gagalkan takutkan penduduk apabila mereka berpusu keluar untuk melihat kelibat pocong.
Laci dan katil vintaj dengan amaran 'berhantu' pun laku terjual
Sekali pandang, tidak ada sesiapa yang menyangka perabot berupa laci vintaj dan sebuah katil saiz Queen yang cantik dikaitkan dengan kisah ngeri.
"Make up 3 jam untuk 3 saat je" - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu
Seramnya...
Pocong menangis di kubur
Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja di Kampung Bojong Liyo, Sukmajaya, Depok ini menerima padah selepas mereka dihukum tidur di kubur.
Pelakon watak hantu Munafik boleh tahan kacak sebenarnya
Pelakon watak hantu dalam filem Munafik 2, Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali mula dikenali meskipun telah memegang watak yang sama dalam Munafik 1.
Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers
Kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu 'membersihkan' Highland Towers dilihat satu langkah terbaik dalam memberi wajah baru lokasi itu terutama kepada penduduk di Ampang
Video 'hantu' di sebuah sekolah di Langkawi tular
Klip video menayangkan suasana seram waktu malam dari satu arah kelas di sebuah sekolah di Langkawi tiba-tiba tular hari ini.
Kelibat 'hantu' di kedai makan bikin gempar
Media sosial di Indonesia kecoh selepas kelibat 'hantu' dilihat dalam rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menikmati jagung bakar.
Hati-hati dengan si penunggu berkebaya merah
Pasti ada di antara kita pernah mengalami situasi berhadapan dengan kelibat 'hantu' sehingga membuatkan imej tersebut melekat dalam ingatan.