awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darjah kebesaran daripada Agong penantian berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967

Bernama
Bernama
05/06/2023
06:47 MYT
Darjah kebesaran daripada Agong penantian berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Bekas Pemain Badminton Malaysia, Datuk Tan Yee Khan. -Bernama
KUALA LUMPUR: Pemenang Piala Thomas Datuk Yew Cheng Hoe masih mengingati dengan jelas penerimaan jam tangan Rolex daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman berikutan kemenangan menakjubkan pasukannya.
Selepas 56 tahun, Cheng Hoe dan rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Thomas 1967 di Jakarta, Indonesia, sekali lagi menerima penghormatan hari ini.
Kali ini atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Cheng Hoe bersama rakan sepasukan Datuk Teh Kew San, mendiang Datuk Ng Boon Bee, Datuk Billie Ng @ Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan @ Tan Ah Hing serta Tan Aik Huang menerima kurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Seri Paduka yang membawa gelaran 'Datuk'.
Cheng Hoe yang berusia 80 tahun berkata darjah kebesaran itu merupakan penghormatan tertinggi yang diterima pasukan itu selepas pemberian anugerah oleh Tunku Abdul Rahman, yang juga perdana menteri pertama.
"Kami menjunjung terima kasih terhadap Seri Paduka baginda kerana menghargai kami dan mengurniakan darjah kebesaran hari ini. Ia penantian yang berbaloi," katanya kepada Bernama.
Cheng Hoe yang merupakan pemain perseorangan pertama pada acara berpasukan badminton yang berprestij itu, memberi inspirasi kepada rakan sepasukannya untuk memenangi kejuaraan keempat Malaysia dalam kejohanan itu, menumpaskan Indonesia 6-3 pada perlawanan akhir.
Beliau mengatasi pemain Indonesia Ferry Sonneville 15-9, 15-7.
Turut dikurniakan darjah kebesaran hari ini ialah bekas atlet Sukan Olimpik Karu Selvaratnam, anak kelahiran Batu Gajah, Perak yang dianugerahkan PJN, membawa gelaran 'Datuk'.
Karu, yang menyertai acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki dan 4x400m lelaki pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Jepun, merupakan bekas atlet yang berbakat.
Selain olahraga, beliau yang berusia 82 tahun pernah menjadi kapten pasukan kriket kebangsaan serta bermain hoki dan badminton untuk Angkatan Tentera Malaysia dari 1961 hingga 1973.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemenang Piala Thomas
#Yew Cheng Hoe
#jam tangan Rolex
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan