awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darjah kebesaran: Hanya 116 penerima daripada 2,335 calon, tapisan rapi dan terperinci

Bernama
Bernama
07/09/2024
05:30 MYT
Darjah kebesaran: Hanya 116  penerima daripada 2,335 calon, tapisan rapi dan terperinci
Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata jumlah tahun ini kurang 86 peratus, berbanding 839 penerima pada istiadat sama tahun lepas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Daripada 2,335 nama yang dicalonkan, hanya 116 individu dipilih untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata jumlah itu kurang 86 peratus, berbanding 839 penerima pada istiadat sama tahun lepas.
Beliau berkata penilaian setiap calon penerima dibuat secara terperinci dan rapi sebagaimana dititahkan Seri Paduka Baginda, dengan proses tapisan dilaksanakan pelbagai peringkat dan diurusetiakan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.
"Penilaian dibuat dengan rapi sehingga ke peringkat akhir yang menyaksikan Seri Paduka Baginda meneliti sendiri setiap calon penerima sebelum memperkenankannya," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu beliau berkata hanya ada satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan tahun ini, iaitu yang diadakan di Istana Negara hari ini.
Terdahulu Sultan Ibrahim pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan hari ini bertitah setiap pencalonan dibawa oleh kerajaan diteliti satu persatu, dan pertimbangan dibuat hanya kepada calon yang betul-betul layak sahaja.
Dedah Sultan Ibrahim, walaupun ramai yang melobi Seri Paduka Baginda sendiri untuk mendapatkan darjah yang membawa gelaran "Tan Sri" atau "Datuk", namun perkara itu tidak dilayan sama sekali.
Pada istiadat yang diadakan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima apabila dikurniakan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.
Daripada 116 penerima, seramai 108 hadir pada istiadat hari ini iaitu tiga penerima P.M.N, enam penerima Panglima Setia Mahkota yang turut membawa gelaran "Tan Sri", Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran "Datuk" (lima) dan Panglima Setia Diraja yang turut membawa gelaran "Datuk" (satu).
Tiga individu pula menerima Johan Mangku Negara, Johan Setia Diraja (empat), Kesatria Mangku Negara (12), Kesatria Setia Diraja (dua), Ahli Mangku Negara (24), Pingat Pangkuan Negara (38), Bentara Setia Diraja (sembilan) dan Jasa Perkasa Persekutuan satu penerima.
Turut berangkat ke istiadat yang berlangsung di Balairung Seri itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon penerima pingat
#keputeraan Yang di-Pertuan Agong
#tapisan rapi
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan