Kerajaan perlu memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) yang yang telah diguna pakai sejak era 1980-an, kata ahli parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.
Katanya kerajaan perlu memberi perhatian khusus terhadap usaha memperbaharui DBN kerana impaknya penting dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Hujah Budiman, asas sebuah negara maju ialah melalui ilmu yang harus digali menerusi buku yang wujud secara konvensional dan digital.
“Malah, buku adalah rakaman ilmu yang paling asasi serta organik, mengkhazanahkan kecerdasan lokal (local wisdom) mewakili nilai-nilai Malaysia.
“Buku mewakili sisi penting yang lebih awal dan huluan (upstream) di dalam rantaian industri kandungan. DBN mesti diperbaharui sejajar dengan perkembangan zaman ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi menyemarakkan industri buku, Budiman juga menyarankan agar Kad Debit Siswa (dahulunya Baucer Buku 1Malaysia) kembali kepada pembelian buku sahaja dan bukan kepada perkara-perkara lain.
Ujar beliau, ekonomi perbukuan perlu mempunyai indeks-indeks khusus yang menilai kualiti kandungan, kesan terhadap kecerdasan di samping petunjuk-petunjuk ekonomi yang menggambarkan keberadaan (healthcheck) perbukuan negara.
Perkara itu, ujar beliau termasuklah petunjuk kebolehupayaan pengguna membeli buku.
“Susulan itu, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) disaran mengaplikasikan kaedah Strategi Lautan Biru (BOS) dan melaksanakan inisiatif merentas sempadan kebiasaan, sekali gus melihat industri buku dalam kerangka lebih menyeluruh,” katanya lagi.
Beliau juga menegaskan industri buku negara mesti dilindungi agar tidak terlepas ke tangan negara lain.
“Konsep 'Kedaulatan Kandungan' mesti diambil perhatian supaya karya buku Malaysia didaftar, disimpan dan diarkibkan dalam negara secara bersungguh-sungguh agar kita kelak tidak perlu meminta-minta kandungan kita yang berkemungkinan di simpan dalam repositori digital milik negara asing,” katanya.
Irwan Muhammad Zain
Fri Mar 17 2017
Asas sebuah negara maju ialah melalui ilmu yang harus digali menerusi buku yang wujud secara konvensional dan digital. - Gambar Bernama
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
KLWBC 2020: Budiman dan buku sebagai teras survival masyarakat
Budiman aktif dalam politik tetapi sekaligus pecinta buku dan memahami dunia perbukuan sebagai aktivis dan operator korporat.
Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati oleh rakyatnya.
Berbahaslah dengan berhemah - Budiman
Sikap pembangkang di Dewan Rakyat sangat dikesali kerana mempertikaikan keputusan yang dibuat Speaker.
Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor
Hanya tiga nama disenaraikan sebagai calon menteri besar Selangor sekiranya BN merampas negeri itu pada PRU14.
#PAU2017: 5 cara hebat politik tanpa perlu mengampu!
Tips lima cara untuk menjadi hebat dalam politik tanpa perlu mengampu.
Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor - Budiman
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyelar kenyataan balas anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin Ali Terus Sekat Kebebasan Memilih, Bersikap Kuku Besi
Jelas sekali pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin Ali menafikan kebebasan memilih dan tidak bersikap terbuka dalam penyampaian maklumat menerusi pilihan akhbar yang ada di pasaran.
Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara
Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan komited untuk memperbaharui Dasar Buku Negara demi merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Penerbit, penulis dan karyawan sambut baik saranan perbaharui Dasar Buku Negara
Saranan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi supaya kerajaan memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) mendapat sokongan penulis, penerbit buku dan karyawan.
Budiman Mohd Zohdi dilantik pengerusi baharu ITBM
Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM yang baharu berkuat kuasa Rabu (9 Nov) bagi menggantikan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.