awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimal kepada majikan - Kementerian Ekonomi

Bernama
Bernama
25/10/2023
21:00 MYT
Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimal kepada majikan - Kementerian Ekonomi
Dasar Gaji Progresif bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja dan agihan pendapatan yang lebih saksama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja, kata Kementerian Ekonomi semalam.
Majikan akan menerima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan.
Kementerian tersebut berkata penetapan gaji secara kolektif berdasarkan konsep pakatan tiga pihak iaitu antara majikan, kerajaan dan kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaji pekerja.
"Memandangkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja yang masih rendah di Malaysia, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan jumlah pekerja yang menyertai kesatuan melalui pendedahan yang berterusan berkenaan peranan dan faedah berkesatuan kepada pekerja," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.
Dasar gaji progresif bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja dan agihan pendapatan yang lebih saksama.
Pada 2022, gaji penengah mencatatkan RM2,424 berbanding sasaran Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu sebanyak RM2,700 menjelang 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dasar Gaji Progresif
#kos tambahan minimal
#majikan
#Kementerian Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan