awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Kaunseling Negara untuk atasi kesihatan mental dalam masyarakat

Bernama
Bernama
20/04/2021
03:45 MYT
Dasar Kaunseling Negara untuk atasi kesihatan mental dalam masyarakat
Semalam, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1/2021 secara sidang video. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Dasar Kaunseling Negara akan diperkenalkan bagi menangani isu kesihatan mental dalam masyarakat dengan pemerkasaan perkhidmatan kaunseling, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM).
Dalam satu kenyataan hari ini, KPWKM memaklumkan ia merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1/2021 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sidang video semalam.
Mesyuarat itu juga membangkitkan keperluan penglibatan semua kementerian dan agensi bagi menangani isu kesihatan mental dalam masyarakat selain mewujudkan langkah intervensi sosial berhubung perkara itu.
Menurut KPWKM, tahap kesediaan negara dan strategi negara dalam menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030 turut dibincangkan, meliputi aspek penjagaan warga emas, kewangan dan perlindungan sosial, pendidikan dan pekerjaan serta persekitaran warga emas melalui penggubalan Pelan Tindakan Warga Emas.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan tentang aktiviti kesukarelawanan yang banyak membantu rakyat terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Mesyuarat bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperkasakan kesukarelawan melalui kerjasama pintar serta memperkenalkan Skim Bank Masa (Time Bank) bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan aktif sukarelawan," jelas KPWKM.
Menurut KPWKM lagi, satu kertas makluman dan empat kertas pertimbangan telah dibincangkan dalam mesyuarat itu iaitu terma rujukan MSN, semakan semula Dasar Sosial Negara, hala tuju dan Pelan Tindakan Kelestarian Sosial Ke Arah Negara Tua Menjelang 2030 sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua.
Ia juga merangkumi peranan agensi secara bersepadu dalam menangani masalah kesihatan mental, pemerkasaan perkhidmatan kaunseling sebagai sistem sokongan dan permerkasaan kesukarelawanan di Malaysia dengan agensi terlibat.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, pegawai kanan kementerian dan agensi terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#video
#kabinet
#kesihatan
#COVID-19
#pendidikan
#wanita
#keluarga
#warga emas
#kesihatan mental
#menteri
#Dasar Kaunseling Negara
#langkah intervensi sosial
#status negara tua
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan