awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Luar: Diplomasi kesihatan jadi antara fokus utama - Saifuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/09/2021
11:23 MYT
Dasar Luar: Diplomasi kesihatan jadi antara fokus utama - Saifuddin
Saifuddin menjelaskan fokus tumpuan itu merupakan kesinambungan kepada dasar luar Malaysia yang tidak pernah berubah. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Diplomasi kesihatan merupakan fokus utama pendekatan baru Kementerian Luar dalam memperkasa dasar luar Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu ditekankan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (CCFP) yang bersidang buat pertama kali hari ini.
"Diplomasi kesihatan, perkara ini dibicarakan hari ini ketika ini di seluruh dunia. Namun, kita melihat ia bukan hanya bab vaksin.
"Ia melibatkan banyak topik yang lain seperti sains, kajian dan sebagainya termasuk perniagaan yang harus kita ambil kira," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat pertama CCFP yang turut dianggotai 14 yang lain termasuk Timbalan Menteri Luar Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, dua pegawai kanan kementerian, serta 10 wakil daripada pelbagai bidang.
Antara perkara yang dibincangkan adalah kepentingan multilateralism di peringkat antarabangsa, diplomasi ekonomi, keselamatan siber, matlamat pembangunan lestari (SDG) dan diplomasi budaya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan fokus pendekatan itu merupakan kesinambungan kepada dasar luar Malaysia yang tidak pernah berubah.
"Majlis Perundingan ini berfungsi sebagai satu wadah untuk menyalurkan pandangan serta input daripada anggotanya di dalam proses penggubalan dasar-dasar luar negeri yang berkait rapat dengan kepentingan negara.
"Penubuhan CCFP adalah selaras dengan pendekatan terbuka dan bersifat perundingan (Syura) di dalam proses penggubalan Dasar Luar Negeri," katanya.
Berikut senarai ahli-ahli CCFP:
1. YB Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Luar Negeri
2. YB Datuk Kamarudin Jaffar Timbalan Menteri Luar Negeri
3. Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob Ketua Ketiausaha, Kementerian Luar Negeri
4. Datuk Dr. Ahmad Faisal Muhamad Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Geneva
5. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood Mantan Penolong Setiausaha Agung, Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC)
6. Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia (CSM)
7. Datuk Low Kian Chuan Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM)
8. Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria Pengerusi Bersama, Malaysian CSO-SDG Alliance
9. Jerald Joseph Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
10. Fabian Bigar Ketua Pegawai Eksekutif, Strategic Change Management Office (SCMO) for MyDigital
11. Herizal Hazri Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia
12. Mahadzir Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
13.Dr. Dian Diana Abdul Hamed Shah Profesor Madya, National University of Singapore (NUS)
14.Dr. Chee Yoke Ling Setiausaha Agung, Third World Network (TWN)
15. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Malaysia
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri
#Kementerian Luar
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan