Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak masyarakat China datang ke Malaysia bukan sebagai pelancong tetapi sebagai pelabur yang akan memacu ekonomi kedua-dua buah negara.
Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia berhasrat untuk mempelajari pelbagai bidang dari China termasuk dalam sektor pembuatan yang dipelopori negara itu ketika ini.
"Seperti di China, anda membawa teknologi, cara pembuatan terkini, termasuk bidang komunikasi, teknologi informasi (IT) selain mempunyai prospek bukan hanya kerana pembangunan dan import, sebaliknya dengan membuatnya sendiri.
"Oleh itu, Malaysia ingin belajar sama ada kami boleh menjadi pengeluar yang terbaik seperti China. Jadi kami ingin meneruskan hubungan baik ini selain menambah baik termasuk berusaha menggapainya," ujar beliau pada sesi dialog bersama Kelab Usahawan China di sini pada Ahad.
Tambah Dr Mahathir, hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 2000 tahun lalu perlu diperkukuh dengan mengenepikan konfrontasi, sekali gus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi.
"Perkara ini tidak susah untuk kita capai seperti mana saya katakan bahawa hubungan kami dengan China terjalin sejak 2000 tahun lalu. Pada ketika itu, tiada konfrontasi, kita boleh hidup sebagai negara berdaulat.
"Saya percaya ini akan diteruskan pada masa depan dengan kedua buah negara memfokuskan kepada pembangunan ekonomi, dan bukan konfrontasi.
"Kedua-dua buah negara membangun disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang baik. Kita mampu memenuhi satu sama lain termasuk dalam mencipta kekayaan dan menghapuskan kemiskinan di Malaysia dan China," ujar beliau.
Pada sesi soal jawab, beliau turut disoal berkenaan kekhuatiran rakyat China terutama dalam kalangan pelabur susulan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Namun, Dr Mahathir menegaskan, perkara tersebut tidak harus kekal bermain di fikiran usahawan negara Tembok Besar itu.
"Saya harap masalah berkaitan MH370 tidak kekal di ingatan usahawan negara ini kerana perkara itu sesuatu yang kami tidak dapat bantu. Sehingga kini, kami tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.
"Jadi anda tidak boleh salahkan Malaysia atas apa yang jadi. Justeru saya harap rakyat China akan terus menggunakan penerbangan Malaysia termasuk juga penerbangan China untuk ke Malaysia," ujarnya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Aug 19 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi China Entrepreneur Club Jack Ma ketika sesi dialog pada Forum Leaders China Entrepreneur Club, pada Ahad. - Foto Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.