awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Baharin Din Presiden dan CEO TNB baharu

Luqman Hariz
Luqman Hariz
10/02/2021
06:36 MYT
Datuk Baharin Din Presiden dan CEO TNB baharu
Baharin menggantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik menjadi CEO KWSP berkuat kuasa 1 Mac 2021. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melantik Datuk Baharin Din sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu yang baharu, berkuat kuasa 1 Mac ini.
Beliau menggantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang dilantik menjadi CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa tarikh yang sama.
Amir memegang jawatan Presiden dan CEO TNB sejak April 2019.
Baharin kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian yang bertanggungjawab menerajui segmen perniagaan terbesar syarikat itu.
Beliau berkhidmat bersama TNB selama 36 tahun, bermula pada tahun 1985 sebagai pembantu jurutera (pembinaan).
Bahrin berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrikal daripada Syracuse University, New York dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Bond University di Sydney.
“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Baharin atas pelantikannya. Saya yakin beliau akan terus memacu TNB ke arah mencapai aspirasi strategik untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
“Meskipun berdepan dengan cabaran disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP, TNB kekal beroperasi dengan stabil dan mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan pulangan yang baik kepada pemegang sahamnya,” kata Pengerusi TNB , Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Topic Berkaitan
#TNB
#Baharin Din
#KWSP
#Amir Hamzah Azizan
#CEO
#GLC
#PKP 2 0
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan