awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik CEO TH baharu

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
04:19 MYT
Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik CEO TH baharu
Kemahiran dan pengalaman luas dimiliki Amrin dijangka dapat membawa TH ke tahap yang lebih cemerlang dan membanggakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu mulai 6 Mei.
Beliau akan menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga, Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO berkuat kuasa 5 Mei ini.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan TH hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri setuju melantik Amrin untuk jawatan itu.
Amrin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di sektor korporat.
Beliau memulakan karier di instutusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di syarikat seperti Renong Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan Putera Capital Berhad.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai CEO antaranya di Natseven TV Sdn Bhd (NTV7), Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Media Prima Berhad, Sime Darby Property Berhad, Boustead Holdings Berhad dan LTAT.
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.
Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Pengerusi TH Tan Sri Md Nor Yusof berkata, beliau yakin kemahiran dan pengalaman luas dimiliki Amrin akan dapat membawa TH ke tahap lebih cemerlang dan membanggakan.
TH kini mempunyai kira-kira sembilan juta pendeposit dan dana terkumpul hampir RM80 bilion.
Md Nor turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nik Mohd Hasyudeen atas komitmen serta usaha beliau dalam memajukan TH sebagai institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik.
Nik Mohd Hasyudeen telah menerajui TH semenjak 1 September 2019.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#CEO
#Islam
#Amrin Awaluddin
#Nik Mohd Hasyudeen Yusoff
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Md Nor Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan