Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia yang akan berfungsi sebagai garis panduan bagi mengawal selia penggunaan tanda nama berdaftar Iskandar Malaysia.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata dalam satu kenyataan, dasar itu diperkenalkan susulan minat daripada pelabur dan rakan kongsi strategik yang mahu membawa jenama Iskandar, Malaysia dalam nama dan projek mereka.
"Iskandar Malaysia merekodkan tahap kesedaran tinggi dalam tempoh lima tahun lepas dan ini menyumbang kepada peningkatan jenama itu pada hari ini, dan seiring dengan kesedaran jenama kukuh itu, kami melihat peningkatan minat daripada pelbagai pihak yang mahu dikaitkan dengan jenama Iskandar Malaysia," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan mesyuarat Ahli-Ahli Autoriti Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Ke-20 yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, di sini, hari ini.
Ismail berkata penjenamaan kukuh Iskandar Malaysia itu disumbang oleh kejayaan wilayah tersebut meraih pelbagai pencapaian terutamanya dalam menarik pelaburan pemangkin dan menerajui ke arah menjadi wilayah pintar.
"Keputusan untuk memulakan Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia itu adalah sejajar dengan pelaksanaan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau juga berkata IRDA, sebagai pihak berkuasa kawal selia yang diberi mandat untuk merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia, mempunyai maklumat dan pengetahuan banyak strategi, rancangan dan pelan tindakan yang sebahagiannya telah dihasilkan dan diterbitkan.
"Dengan semua harta intelek yang ada di tangan, IRDA menyedari ia adalah aset yang amat bernilai dan penggunaan dan eksploitasinya perlu dikawal selia dengan rapat bagi memastikan ia eksklusif dan unggul," katanya.
IRDA juga berkata, Iskandar Malaysia akan meneruskan usahanya menjadikan wilayah ekonomi itu sebuah 'bandar pintar' dengan manual sistem Penilaian Komprehensif Kecekapan Alam Sekitar Binaan (CASBEE) yang baru dikeluarkan.
Projek perintis itu yang bermula pada Ogos tahun lepas dan selesai pada Mei tahun ini merupakan instrumen penilaian untuk menggalakkan pemilik dan pemaju bangunan agar memelihara alam sekitar.
Mengulas mengenai CASBEE, Ismail berkata ia telah berjaya digunakan di lebih 1,700 majlis perbandaran di Jepun sebagai alat penilaian dan untuk menggalakkan pembangunan hijau.
"Projek perintis CASBEE Iskandar dijalankan di beberapa bangunan, pembangunan bandar dan pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia untuk menguji manual tersebut yang melibatkan penilaian di peringkat kualiti dalam dan di luar alam sekitar binaan yang disasarkan," katanya.
Iskandar Malaysia juga memulakan Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO), tingkap tunggal di mana maklumat dan data dikutip, disimpan dan dianalisis dalam persekitaran bandar pintar.
"Ini menjadi satu platform yang boleh mengubah data autoriti relevan menjadi maklumat berguna untuk menggubal dasar yang lebih baik dan untuk membuat keputusan yang berdasarkan maklumat," katanya.
Ismail berkata IMUO akan dilaksanakan secara berfasa, yang mana saling berkait dan melibatkan pelbagai pemegang kepentingan, bermula dari sekarang sehingga 2025.
Mengenai perkembangan lain, Ismail berkata Iskandar Malaysia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 pada 4 Nov.
Sambutan itu akan diraikan bersama rakyat menerusi Program Jelajah Iskandar Malaysia yang diadakan sepanjang 2017, dengan pelbagai program dan aktiviti telah dirangka, katanya.
Bernama
Thu Aug 25 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima buku panduan 'Comprehensive Assessment of Built Environment Efficiency (CASBEE)' dan 'Iskandar Malaysia Intellectual Property Policy'. - Gambar Bernama
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Datuk Seri Najib Tun Razak lancar dasar harta intelek Iskandar Malaysia
Iskandar Malaysia juga memulakan Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO), tingkap tunggal di mana maklumat dan data dikutip, disimpan dan dianalisis dalam persekitaran bandar pintar.