awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Daulat Tuanku!" - pelancong England teruja saksikan perarakan pertabalan Sultan Kedah

Najib Aroff
Najib Aroff
20/10/2018
09:09 MYT
"Daulat Tuanku!" - pelancong England teruja saksikan perarakan pertabalan Sultan Kedah
James dan Victoria dimaklumkan tentang istiadat perarakan oleh pemandu pelancong - Foto BERNAMA
Keterujaan menyaksikan istiadat perarakan bersempena Pertabalan Sultan Kedah ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, bukan sahaja dirasai penduduk tempatan, malah pelancong asing juga.
Dua orang pelancong dari England sanggup menunda jadual lawatan ke Pulau Pinang mereka semata-mata mahu menyaksikan ucapacara gilang gemilang itu.
“Kami di sini mahu menyaksikan Sultan dan kami tahu istiadat ini sudah lama tidak berlangsung. Kami amat teruja dan mahu menyaksikan istiadat ini. Kami hadir seawall 7.30 pagi, Daulat Tuanku!.” kata Victoria Recce yang dimaklumkan tentang istiadat itu oleh pemandu pelancong.
Upacara gilang gemilang itu diserikan dengan perarakan oleh pasukan pancaragam diiringi pasukan bergajah dan berkuda sebelum bahtera yang membawa Sultan melintasi ribuan hadirin.
Perakan sejauh 4.5 kilometer itu bermula di Wisma Darul Aman dan berakhir di Balai Besar Alor Setar.
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah - Foto BERNAMA
Bahtera membawa Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah - Foto BERNAMA
Rakyat menyaksikan perarakan gilang gemilang - Foto BERNAMA
Rakyat menyaksikan perarakan gilang gemilang - Foto BERNAMA
Ketibaan Sultan Kedah ke-29 - - Foto BERNAMA
Ketibaan Sultan Kedah ke-29 - - Foto BERNAMA
Istiadat itu bukan sahaja disaksikan penduduk tempatan malah penduduk negeri lain turut tidak melepaskan peluang.
“Saya memang berhajat mahu menonton pertabalan sebab sudah 59 tahun tiada pertabalan. Saya dan rakan saya memang sudah lama merancang.
“Kami juga sebelum ini saksikan pertabalan Sultan Johor,” kata Jalil Atan, warga Selangor yang sanggup menaiki kereta api untuk ke Kedah demi istiadat bersejarah itu.
Pasukan bergajah menyerikan perarakan bersejarah itu - Foto BERNAMA
Pasukan bergajah menyerikan perarakan bersejarah itu - Foto BERNAMA
Istiadat pertabalan bakal berlangsung Isnin ini di Istana Anak Bukit.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#England
#Kedah
#Pertabalan Sultan Kedah
#Sultan Johor
#Sultan Kedah
#Sultan Kedah ke-29
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan