KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjadikan laluan pejalan kaki LRT Wangsa Maju sebagai tapak niaga mereka.
Baru-baru ini seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peniaga yang meletakkan beberapa buah meja dan kerusi di laluan pejalan kaki berbumbung tersebut.
“Laluan pejalan kaki berteduh daripada hujan dan panas (tapi peniaga) buat bumbung meja makan kedai kau,” tulisnya.
Menerusi kemas kini di Facebook DBKL, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menasihatkan peniaga untuk prihatin dan peka terhadap keselesaan pengguna.
"DBKL sedar akan keperluan sebahagian dari anggota masyarakat di Kuala Lumpur ini untuk mencari rezeki melalui aktiviti penjajaan.
"Tapi dalam kita nak mencari rezeki, kena prihatin dengan keselesaan pihak lain juga seperti pengguna jalan raya dan pejalan kaki.
"Jangan disebabkan kita berniaga di situ, timbul masalah kesesakan lalu lintas, pejalan kaki tak dapat gunakan laluan berbumbung yang disediakan untuk mereka dan sebagainya," menurut kemas kini tersebut pada Jumaat.
DBKL menjelaskan, tindakan penguatkuasaan akan dilakukan sekiranya banyak aduan diterima seperti kes laluan berbumbung LRT Wangsa Maju.
"Kepada kelompok penjaja di Kuala Lumpur dinasihatkan patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh DBKL dalam menjalankan aktiviti menjaja.
"Kalau peraturan dipatuhi semua lapisan masyarakat akan gembira. Sama-sama nak hidup selesa kan?" katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 09 2022

(Gambar kiri): Aduan di Twitter oleh seorang pengguna tentang masalah laluan pejalan kaki dijadikan tempat berniaga. (Gambar kanan): DBKL ambil tindakan selepas tular laluan pejalan kaki dijadikan tempat berniaga.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.

ADAB sokong cadangan kawasan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
Ghazali berkata kewujudan kawasan seperti itu menarik kedatangan pelawat luar negara, membolehkan mereka lebih mengenali Malaysia.

DBKL sita barang penjaja Myanmar di Pasar Harian Selayang
Seramai empat penjaja sayur warga Myanmar dikenakan tindakan sita dan pindah barangan oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pasar Harian Selayang di sini pada Ahad.

Pertunjukan air pancut berirama warnai pembukaan sambutan Hari Wilayah 2023
Rosida berkata, pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.

DBKL sita premis perniagaan warga asing
Tindakan berkenaan meliputi tujuh pengeluaran kompaun dan tujuh tindakan penutupan premis.

DBKL arah tutup 14 kedai dikendali warga asing
Sebanyak 14 premis dikendalikan warga asing di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga off Jalan Gelugor, di sini diarah tutup serta-merta dalam operasi penguatkuasaan pada Sabtu.

DBKL tutup 14 premis perniagaan dikendali warga asing
Tindakan itu diambil susulan operasi khas dijalankan DBKL di sekitar pusat beli-belah itu yang bermula lewat petang dan berakhir 10.30 malam.

PM bincang naik taraf infrastruktur, fasiliti penjaja di Kuala Lumpur
Ia merupakan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.

RM100 juta bagi 260 projek pengindahan Kuala Lumpur - Nga Kor Ming
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi 260 projek pengindahan Kuala Lumpur selari dengan usaha untuk menjadikan ia sebagai bandar Metropolis bertaraf antarabangsa.