awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL bakal keluarkan garis panduan baharu lesen jual arak - Annuar Musa

Hilmi Malik
Hilmi Malik
28/07/2020
05:16 MYT
DBKL bakal keluarkan garis panduan baharu lesen jual arak  - Annuar Musa
Menurut Annuar, buat masa ini Ahli Lembaga Pelesenan telah dilantik yang dijangka bersidang bagi membincangkan garis panduan berkenaan. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tampil dengan garis panduan baharu yang lebih kemas dan teratur berhubung isu pelesenan penjualan minuman alkohol pada bulan hadapan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat masa ini Ahli Lembaga Pelesenan telah dilantik yang dijangka bersidang bagi membincangkan garis panduan berkenaan.
“Sejak kebelakangan ini, timbul kebimbangan orang ramai berkaitan peristiwa meragut nyawa melibatkan pemandu mabuk dan wujud beberapa cadangan untuk kaji semula soal pelesenan, waktu jualan, dan sebagainya.
“DBKL berpendapat lesen-lesen baharu tidak dikeluarkan selagi penelitian dan penambaikan sedang dibuat demi kepentingan awam.
“Lembaga Pelesenan telah dilantik dan dijangka bersidang bulan hadapan dan diharapkan akan ada garis panduan baharu yang lebih kemas dan teratur agar tidak berlaku peristiwa yang saya maksudkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Wong Hon Wai (PH - Bukit Bendera), ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Setakat ini, DBKL telah membuat keputusan agar tidak mengeluarkan sebarang lesen baharu bagi penjualan alkohol melibatkan kawasan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur apabila melihat kepada kadar kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk.
Topic Berkaitan
#alkohol
#DBKL
#Dewan Rakyat
#pemandu mabuk
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan