awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir

Bernama
Bernama
30/12/2023
12:35 MYT
DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir
Dr Zaliha berkata kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parkir di Kuala Lumpur. Saya telah arahkan @DBKL2u (DBKL) untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti seperti ini," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.
Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku empat hari lepas di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Zaliha Mustafa
#ulat parkir
#warga kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan