awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu

Bernama
Bernama
12/06/2022
06:53 MYT
DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu
DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.
"DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini media melaporkan SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk DBKL.
Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL itu dijangka bermula pada bulan ini dan berakhir pada Mei 2023.
Perkara itu mencetuskan komen beberapa pihak yang mempertikaikan nilai kontrak yang disifatkan tidak sepadan dengan kerja pembinaan yang dinyatakan dan meminta penjelasan DBKL berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#SCIB
#Sarawak Consolidated Industries Bhd
#projek tiang lampu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan