awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

DBKL sita premis perniagaan warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2023
02:50 MYT
DBKL sita premis perniagaan warga asing
Antara premis yang dikenakan tindakan oleh pihak DBKL. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di premis perniagaan dijalankan warga asing sekitar kawasan Gombak dan Setapak.
DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan berkenaan meliputi tujuh pengeluaran kompaun dan tujuh tindakan penutupan premis.
"Antara premis yang dikenakan tindakan penguatkuasaan ini adalah kedai perabot, pengurusan perkhidmatan konsultansi, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dan kedai jahit.
"Notis-notis kompaun merangkumi UUK 3(1) dan Seksyen 101 (1)(v) Akta Kerajaan Tempatan, UUK 20 (1)(b) dan Seksyen 101 Akta Kerajaan Tempatan dan Notis Am 46 (1)(d).
"Kesemua aktiviti perniagaan ini dijalankan oleh warga asing dan terdapat juga yang menggunakan kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian)," menurut kenyataan itu.
DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan itu bermula 19 Januari lalu sehingga 23 Januari dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
"Tindakan seumpama ini akan berterusan dan warga kota diminta tidak memberikan sokongan terhadap perniagaan dijalankan oleh warga asing yang tidak mempunyai kebenaran," kata DBKL. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#Premis perniagaan
#warga asing
#penutupan premis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.