awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Debat antara Asri, Zamihan tidak perlu' - Jamil Khir

Bernama
Bernama
12/02/2016
13:35 MYT
'Debat antara Asri, Zamihan tidak perlu' - Jamil Khir
Debat yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi' antara Dr MAZA (kiri) dan Zamihan bakal diadakan pada 9 malam, Rabu ini di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak perlu diadakan.
Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.
"Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-panadangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Asri, Zamihan tolong berlapang dada - Reezal Merican
Jamil Khir berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang bergerak seiring dengan pandangan ulama muktabar di seluruh dunia yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan nilai-nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap perkara-perkara furu'iyyah (perbezaan) di dalam Islam serta mengelakkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam, katanya.
Media melaporkan perdebatan itu, yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi', akan diadakan pada 9 malam, Rabu ini di Jabatan Perdana Menteri.
BACA: Zamihan, sudah-sudahlah burukkan ulama - Dr MAZA
Topic Berkaitan
#debat Dr MAZA Zamihan Mat Zin
#Ekstremisme Agama di Malaysia
#Jamil Khir Baharom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan