awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2023
04:00 MYT
Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil
Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman akan disiarkan secara langsung pada 9.30 malam ini di saluran Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman pastinya akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia malam ini.
Rafizi dan Mohd Syahir akan membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu dalam menambah baik keadaan semasa.
Terdahulu, Rafizi yang dalam ceramahnya mencabar bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat dengannya mengenai ekonomi Malaysia.
Bagaimanapun, Azmin meletakkan syarat menyebabkan hasrat Rafizi tidak kesampaian.
Tidak berputus asa, Rafizi kemudiannya mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menggantikan Azmin dalam membincangkan isu ekonomi negara.
Sekali lagi, hasrat Rafizi tidak tercapai kerana Muhammad Sanusi juga menolak pelawaan itu.
Pelawaan ketiga Ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya terarah kepada Mohd Syahir yang juga pada awalnya menolak jemputan itu.
Rafizi menganjurkan debat itu dengan alasan mahu memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat.
Sementara Syahir pula menyifatkan debat itu sebagai peluangnya untuk berkongsi visi dan misi Perikatan Nasional untuk Malaysia.
Jangan lupa temujanji anda malam ini di Astro AWANI jam 9.30 malam, serta aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Mohd Syahir Sulaiman
#debat ekonomi
#debat Rafizi-Syahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan