NATIONAL
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok

Dijangka 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara, dan selatan sempena Deepavali. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
Ringkasan AI
- Dijangka 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara, dan selatan sempena Deepavali.
- Kerajaan mengumumkan tol percuma di semua lebuh raya selama dua hari bermula tengah malam esok hingga 30 Oktober.
- LLM mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk memastikan perjalanan selamat dan lancar, serta menyediakan kemudahan maklumat trafik melalui pelbagai saluran.
Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma di semua lebuh raya selama dua hari bermula 12.01 tengah malam esok hingga 11.59 malam, 30 Okt (Rabu) sempena Deepavali.
Untuk kemudahan pengguna lebuh raya, Sazali berkata Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi 7 pagi hingga 10 malam dan pengguna boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya menerusi media sosial rasmi LLM dan syarikat konsesi atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau paparan kamera liter tertutup (CCTV) di https://www.llm.gov.my.
Beliau turut menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA, memastikan baki kad Touch 'n Go dan e-dompet mencukupi serta mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan bukan laluan eksklusif untuk mereka tetapi turut digunakan oleh kenderaan yang berhenti jika berlaku kerosakan atau kecemasan lain.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami