Deepavali atau pesta cahaya hari ini disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.
Perayaan yang disambut bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan itu juga mengekalkan semangat muhibah dan keharmonian rakyat berbilang kaum menerusi tradisi rumah terbuka.
Namun, di sebalik kemeriahan itu, rasa prihatin dan hormat terhadap mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi(ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor baru-baru ini tetap dirasai.
Malah, sambutan dan penganjuran rumah terbuka peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur dan sambutan peringkat negeri Johor turut dibatalkan sebagai menghormati insiden menyayat hati itu yang mengorbankan nyawa enam pesakit, termasuk tiga pesakit berbangsa India.
Di KUALA LUMPUR, ritual keagamaan dan tradisi sambutan tetap diteruskan dengan penganut agama Hindu berkunjung ke kuil seluruh negara sejak awal pagi, sebelum saling kunjung-mengunjungi saudara-mara dan rakan.
Tinjauan Bernama di kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves mendapati pelancong asing juga tidak melepaskan peluang meraikan perayaan itu di samping menikmati aneka juadah yang dijual peniaga di kawasan terbabit.
Bagi Percey Shelley, 33, dari United Kingdom, kunjungannya kali kedua ke negara ini lebih bermakna apabila dapat menyertai kemeriahan warna-warni sambutan Deepavali.
"Ia satu pengalaman yang menakjubkan untuk melihat sambutan yang begitu hebat dan penuh warna warni seperti ini. Tak perlu disebut tentang layanan diberikan penduduk tempatan.. memang baik dan saya berasa diraikan di sini," katanya.
Dalam pada itu, suasana di Kuil Sri Ayyanareeswarar, Setapak, penganut agama Hindu mula tiba seawal 7 pagi bagi upacara sembahyang dan memperingati anggota keluarga yang telah meninggal dunia.
Seorang pelajar universiti tempatan, P. Dineshwaran, 27, yang mengunjungi kuil tersebut bersama rakan-rakannya berkata persiapan perayaan tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan beliau tidak dapat pulang beraya bersama keluarganya di Perak kerana terikat dengan komitmen pelajaran.
Sementara itu, di Kuil Sri Maha Kaliamman, Seri Serdang, mendapati penganut agama Hindu mengambil peluang cuti perayaan tersebut dengan berkunjung ke kuil bersama anggota keluarga masing-masing.
J.Shaliney, 32, berkata setiap tahun beliau tidak pernah melepaskan peluang berkumpul bersama anggota keluarganya selepas bersembahyang di kuil.
Di SHAH ALAM, antara kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu ialah Kuil Sri Maha Mariamman, Seksyen 7 di sini dan Kuil Sri Agilandeswari, Kapar, Klang.
Penganut Hindu turut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka untuk menerima kunjungan saudara mara dan sahabat handai.
Di IPOH, penganut Hindu dilihat memenuhi kuil di sekitar bandar ini bagi upacara keagamaan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan.
Ketua MIC Ipoh Barat Datuk G.Rajoo tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Lim Garden di sini mulai pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan pelancongan antaranya di Little India, Ipoh juga meriah dengan kunjungan orang ramai dan hiasan berwarna-warni Deepavali.
Di SUNGAI PETANI, perayaan berkenaan disambut kira-kira 75,000 masyarakat berketurunan India di sini yang dimulakan dengan memohon restu daripada kedua orang tua, sebelum ke kuil bagi upacara keagamaan dan menziarahi keluarga serta kenalan.
Ketua MIC Bahagian Sungai Petani, TH Subra berkata rumah terbuka Deepavali anjuran MIC Sungai Petani turut akan diadakan dalam masa terdekat.
"Walaupun sambutan meriah, namun ia masih diraikan dengan penuh kesederhanaan sebagai menghormati mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor baru-baru ini," katanya.
Di PULAU PINANG, kuil-kuil di sepanjang Jalan Kebun Bunga menjadi antara kawasan tumpuan penganut agama Hindu bersembahyang kerana Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di kaki bukit di jalan itu ditutup untuk pembinaan.
Tinjauan Bernama di Little India, di sini mendapati banyak kedai-kedai ditutup dan kelihatan juga orang ramai termasuk pelancong asing bersiar-siar di sekitar Lebuh Queen, Lebuh Chulia and Jalan Pasar yang merupakan tempat tumpuan semasa perayaan Deepavali.
Di KUANTAN, penganut Hindu mulai memenuhi kuil tertua di daerah ini, Kuil Sri Sithi Vinayagar yang dianggarkan berusia lebih 120 tahun bagi upacara sembahyang mulai pukul 7 pagi.
Pengerusi kuil S. Gunasundram berkata persiapan untuk menyambut kehadiran orang ramai bermula seawal pukul 4 pagi di mana anggota jawatankuasa dan para sami akan memulakan ritual memandikan dewa dan dewi di sekitar kuil.
"Upacara mandi bukan sekadar menggunakan air, tetapi juga pelbagai barangan lain seperti susu dan tairu sebelum dipakaikan persalinan baharu. Upacara sembahyang bermula pada pukul 5 pagi, namun waktu puncak adalah pada pukul 8 pagi.
"Ini kerana, mereka bersembahyang di rumah dahulu sebelum ke kuil. Hari ini, kami menganggarkan kehadiran 700 orang dan ada di antara mereka membawa buah serta bunga untuk dipersembahkan kepada dewa dan dewi," katanya semasa ditemui.
Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin menghadiri rumah terbuka Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan di kediamannya di sini yang turut dihadiri kira-kira 500 orang.
Turut mengadakan rumah terbuka, pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam di perkarangan Pusat Khidmat Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Bahau.
Bernama
Sat Oct 29 2016
P. Pathma Devi, 28, (tengah) bersama jiran terdekatnya meraikan Deepavali di rumahnya di Ipoh Perak hari ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.