Degil dan ingkar PKPP, 10 individu dikompaun di Kulim

Kesemua mereka yang dikenakan tindakan kompaun RM1,000 terdiri daripada peniaga dan pelanggan yang gagal mematuhi SOP.

Kesemua mereka yang dikenakan tindakan kompaun RM1,000 terdiri daripada peniaga dan pelanggan yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. - Astro AWANI | Astro Awani
Gara-gara degil dan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seramai 10 individu telah dikenakan kompaun di Kulim, Kedah, hari ini.

Kesemua mereka yang dikenakan tindakan kompaun RM1,000 terdiri daripada peniaga dan pelanggan yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Azhar Hashim, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang Sabt itu, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak menyediakan alat penyukat suhu badan, tidak menyediakan buku catitan berkaitan butiran pelanggan dan tiada alat pembasmi kuman disediakan untuk pelanggan.

Malah pelanggan yang datang ke kedai tersebut juga tidak melakukan penjarakan sosial.

Kesemua mereka yang dikompaun berusia antara 28 hingga 53 tahun.

Jelas Azhar, polis lebih tegas dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dalam membendung penularan Covid-19.