awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dego Ride mungkin boleh beroperasi secara sendiri atau kerjasama e-hailing

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2019
16:04 MYT
Dego Ride mungkin boleh beroperasi secara sendiri atau kerjasama e-hailing
Dego Ride menyifatkan kelebihan yang dimiliki sebagai syarikat tempatan merupakan bonus untuk bantu warga tempatan menjana pendapatan.
Perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride menyifatkan kelebihan yang dimiliki sebagai syarikat tempatan merupakan bonus dalam usaha membantu warga tempatan untuk menjana pendapatan harian mereka.
Pengasas bersama Dego Ride, Afzan Lutfi berkata, sebagai syarikat tempatan, Dego Ride lebih memahami kehendak dan keperluan pelanggan di Malaysia.
“Saya melihat Dego Ride sebagai juara tempatan. Kami merupakan produk Malaysia dan kami bangga dengan itu.
“Kami memiliki kelebihan untuk lebih memahami pasaran tempatan dan juga keperluan pelanggan,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Terdahulu pada Rabu, bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
Menteri Pembangunan dan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata keputusan telah dibuat supaya Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan tanggungjawab mewujudkan ruang serta undang-undang untuk Go-Jek dimajukan.
Dalam pada itu, mengulas tentang kemunculan semula Dego Ride di pasaran, Afzan memberitahu, terdapat beberapa jalan untuk boleh diusahakan sama ada beroperasi secara sendiri atau menerusi jalinan kerjasama memandangkan pada hari ini terdapat banyak perkhidmatan yang menawarkan e-hailing.
“Banyak perkhidmatan yang menyediakan e-hailing termasuk Grab dan terkini Go-Jek yang mungkin akan memasuki pasaran tidak lama lagi.
“Bagi Dego Ride, pelanggan kami boleh melanggan perkhidmatan yang disediakan dengan pantas dan pada masa sama boleh meningkatkan taraf hidup mereka yang ingin menjana pendapatan,” katanya.
Topic Berkaitan
#afzan lutfi
#dego ride
#e-hailing
#Go-Jek
#Gojek
#grab
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kementerian Pengangkutan
#Malaysia
#teksi motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan