Kementerian Wilayah Persekutuan tidak teragak-agak untuk mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik semula lesen perniagaan jika ada pengusaha premis yang masih berdegil menggunakan pekerja asing dalam penyediaan makanan.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau telah meminta Bahagian Perlesenan DBKL untuk melakukan pemantauan di premis-premis makanan dalam usaha menangani wabak demam kepialu yang melanda Kuala Lumpur.
"Saya sudah minta Bahagian Perlesenan untuk memantau dan membuat tindakan sewajarnya. Kita akan panggil (jika didapati ingkar arahan).
"Kalau mereka masih lagi tidak ikut (syarat yang dikeluarkan DBKL), kita akan tarik balik lesen (perniagaan)," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Tambah Tengku Adnan, pihaknya sedang meneliti laporan mengenai wabak demam kepialu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Jelasnya, Jabatan Kesihatan DBKL akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan cara terbaik dalam mencegah demam kepialu yang melanda ibu negara.
"Kita meneliti masalah yang sedang disebutkan oleh Kementerian Kesihatan. Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memantau dan kita akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk memastikan bagaimana cara-cara untuk mencegah demam yang sedang melanda ibu kota negara kita sekarang," katanya.
Buat masa ini, Tengku Adnan menegaskan beliau hanya berpuas hati dengan pengurusan premis makanan di sekitar Jalan Alor, di sini.
Sebelum ini, DBKL telah mengarahkan pengusaha-pengusaha premis makanan untuk tidak menggaji pekerja asing sebagai tukang masak di premis mereka.
Sebaliknya, warga asing hanya dibenarkan untuk menghidang mahupun bekerja sebagai pencuci sahaja.
"Saya sudah cakap...banyak sangat orang asing jadi tukang masak, akan jadi masalah. Dulu saya cakap berkenaan (isu) tikus, orang marah. Bila saya sebut berkenaan peminta sedekah, orang marah," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) setakat 18 Oktober.
Sehingga Ahad, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4).
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Oct 20 2015
TENGKU ADNAN: Kalau mereka masih lagi tidak ikut (syarat yang dikeluarkan DBKL), kita akan tarik balik lesen (perniagaan).
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.