Kerajaan akan membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan rakyat dan mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
Menurutnya, JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa dan fasa yang bermula sekarang menumpukan kepada memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk.
“Kedua, mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps; serta membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.
“Ini juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, Fasa 2 iaitu peralihan kepada 5G akan bermula selepas platform yang kukuh di dalam Fasa 1 dapat dicapai selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan Sabah dan Sarawak juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan JENDELA dari tahun 2020 sehingga 2022.
“Penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu sedang dirancang dan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di Sabah.
“Sebanyak 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G di Sabah.
“Sebanyak 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik,” ujarnya dalam kenyataan sama.
Katanya lagi, bagi di Sarawak pula, sebanyak 636 menara komunikasi baharu juga sedang dirancang dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program PPS.
“Manakala 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial. Sejumlah 43,013 premis akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan pelan tindakan JENDELA akan dipantau dengan rapi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik di seluruh negara.
“Saya menyeru kepada semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian dan agensi berkaitan supaya terus memberikan kerjasama.
“Ia bagi menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai kemudahan asas (public utility) bagi memacu negara ke arah ekonomi digital,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Sat Aug 29 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12. - Gambar hiasan/BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.
Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.