Gabungan parti-parti politik dan NGO pada Ahad mengumumkan satu gabungan longgar yang dinamakan ‘Kita Lawan’ dan bakal mengadakan perhimpunan di ibu negara 7 dan 8 Mac ini.

Menurut laporan Malaysia Kini, perhimpunan itu adalah reaksi terhadap keputusan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

“Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac,” kata Pengarah Strategi Pemuda PKR (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo.

Kata Nik Nazmi, Kita Lawan turut menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.