Persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Melaka hari ini meluluskan pindaan terhadap Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) 1981 yang antara lain memperuntukkan hukuman denda lebih berat, terhadap mereka yang disabitkan kesalahan.
Melalui pindaan Enakmen berkenaan, denda bagi kesalahan penggunaan tidak betul pingat, bintang dan darjah kebesaran negeri Melaka dinaikkan daripada RM1,000 kepada antara RM250,000 dan RM500,000.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata individu yang disabitkan kesalahan boleh juga dihukum penjara antara satu dan lima tahun atau kedua-duanya sekali denda dan penjara.
Beliau berkata hukuman lebih berat itu penting bagi mencegah penggunaan tidak betul pingat, bintang dan darjah kebesaran negeri Melaka terutamanya melibatkan isu pemberian kurniaan yang didakwa serupa oleh pihak yang tidak diiktiraf.
"Perlembagaan negeri Melaka begitu jelas menunjukkan bahawa hanya Yang Dipertua Negeri boleh mengurnia dan melucut gelaran, martabat dan bintang kehormatan dan kebesaran. Yang Dipertua Negeri dan kerajaan negeri memandang serius kes penyalahgunaan gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf.
"Selaras itu, pindaan ini membolehkan penguatkuasaan enakmen dengan lebih meluas jika dibandingkan dengan ruang lingkup sedia ada yang meliputi pencegahan salah guna bagi tujuan profesional dan komersial sahaja," katanya ketika membentangkan usul pindaan enakmen itu pada persidangan DUN di sini.
Usul yang disokong Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) itu melibatkan lapan fasal pindaan enakmen berkenaan, antara lain melibatkan hukuman lebih berat, meluaskan ruang lingkup enakmen, takrifan baharu dan lapan seksyen baharu.
Datuk Ghazale Muhamad (BN-Rim) ketika membahaskan usul tersebut berkata kini hangat diperkatakan isu tentang dua individu yang menggelar dirinya 'Sultan Melaka' dan 'Bonda Ratu' yang terlibat dengan majlis pemberian anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.
"Enakmen sedia ada tidak mencakupi dengan jelas peruntukan untuk mengheret individu-individu ini ke muka pengadilan, selain kadar denda RM1,000 juga dilihat tidak relevan dengan kemelampauan dibangkitkan," katanya.
Beliau berkata masalah itu bukan sahaja dilihat mempengaruhi perlembagaan malah menyumbang kepada kekeliruan rakyat, menggangu ketenteraman awam dan keharmonian rakyat di negeri ini.
Sidang dewan bersambung pagi esok.
Bernama
Mon Jun 20 2016
IDRIS: Hanya Yang Dipertua Negeri boleh mengurnia dan melucut gelaran, martabat dan bintang kehormatan dan kebesaran.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
Siapa sangka di sebalik keceriaan yang sering ditampilkan di hadapan khalayak, Allahyarham sebenarnya menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
Zamrose ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan
Zamrose, 60, dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Pelakon Aamir Khan positif COVID-19
Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.
Yang Dipertua Negeri P. Pinang, Sabah, Melaka dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.
Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang
Terdapat dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual
Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang diarah tarik balik, masih dijual di pasaran.
370 terima pingat sempena Hari Wilayah
22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.